Anjing Ini Setia Menanti, Akhirnya Mati Kemurungan Kerana Ditinggalkan Tuannya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Anjing merupakan binatang yang sentiasa menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Walaupun ada masanya anjing nampak seperti garang, tetapi mereka hanya berkelakuan begitu apabila mereka berasa terancam.

Terdapat pelbagai baka anjing yang terkenal dengan sifat kesetiaan mereka, antaranya adalah anjing Hachiko yang berasal dari Jepun. Baru-baru ini, Malaysian Digest telah melaporkan tentang seekor anjing baka Hachiko yang mati kerana patah hati setelah ditinggalkan tuannya.

 

Sumber: Malaysian Digest

Anjing yang diberi nama Nube Viajera, telah ditinggalkan selama sebulan lebih oleh tuannya di Lapangan Terbang Bucaramanga, Columbia. Anjing itu bagaimanapun dikatakan tidak pernah berputus asa menanti kepulangan tuannya.



Dari masa ke masa, orang tempatan di situ akan memberinya makanan, namun, anjing itu terlalu sedih untuk makan sehingga menyebabkannya jatuh sakit.

Sumber: Malaysian Digest

Menurut seorang doktor haiwan dari Yayasan Perlindungan Haiwan Colombia, Alejandro Sotomonte Nino, kemungkinan besar anjing tersebut telah ditinggalkan oleh pengembara yang datang ke situ.

Pada bulan yang pertama, anjing itu berjalan sekeliling kawasan lapangan terbang mencari seseorang. Kemungkinan dia mencari tuannya.”

Keadaan ini menyebabkan anjing itu hilang selera makan kerana kemurungan yang membuatkan kesihatannya merosot dan akhirnya mati. Melalui bedah siasat ke atas anjing tersebut, doktor haiwan mencapai konklusi bahawa Nube Viajera telah mati kerana kemurungan. Kesiannya!

Sumber: Malaysian Digest

Jadikan cerita ini sebagai iktibar, Kalau rasa tak mampu nak jaga, jangan mengambil atau membela apa-apa binatang untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Baca: Wanita Bantu Anjing Kelaparan Sehingga Makan Najis Sendiri Kerana Ditinggalkan Pemilik Yang Berpindah



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.