in

Anjing Ini Dikelar di Bahagian Muka Sebelum Dicampak dan Dibiarkan Dalam Hutan

Z 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak faham macam mana orang boleh sampai hati tengok haiwan meronta kesakitan bila kena dera. Psycho betul!


Seekor anjing bernama Milk dijumpai orang awam di kawasan hutan dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

Milk telah dizalimi manusia tidak berhati perut yang bertindak mengelar mukanya dengan begitu teruk sekali. Ketika dijumpai, keadaan Milk dilaporkan sangat kritikal dan daripada kecederaan yang dilihat, anjing itu dipercayai telah dikelar dengan pisau sebanyak tiga kali di keseluruhan bahagian kiri mukanya.

Milk2
sumber: daily petition

Kecederaanya teruk sekali dan kesan kelar terbuka luas sehingga menampakkan daging dan tulang pipinya. Malah, lelangitnya turut terbelah!

Milk3
sumber: daily petition

Sukarelawan pencinta haiwan dikatakan bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat tahu tentang keadaan Milk dan membawanya ke hospital untuk menyelamatkannya.

Sebaik tiba di hospital, doktor segera memberi rawatan kecemasan kepada Milk dan anjing itu berada dalam keadaaan kritikal beberapa hari. Milk kini berada di bawah pemerhatian ketat doktor serta suhu badannya dilaporkan stabil dan demamnya beransur pulih. Namun, Milk masih lagi tidak boleh makan. 🙁

Milk1
Sumber: daily petition

Persoalannya, manusia jenis apakah yang sanggup berbuat sedemikian kepada haiwan? Apa salah anjing itu sehingga dia sanggup menzaliminya sebegini teruk. Bayangkan keperitan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung Milk selepas dikelar.

Mungkin ia juga akan mati jika tidak dijumpai. Jika Milk berjaya diselamatkan, mukanya akan dipenuhi dengan parut. Bayangkan kepayahan yang harus ditanggung untuk pulih semula. Diharap, pelaku itu akan menerima balasan kelak!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.