in

Anda Pasti Tidak Sangka Mengapa Penduduk Kanada Gelar Wanita M’sia Ini ‘Muslim Mother Teresa’

Malaysian Woman Dubbed Muslim Mother Teresa By Canadians Heres Why World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah Melayu, “Benih yang baik walau dicampak ke mana pun, pasti jadi pulau”. Awal bulan ini, kisah seorang wanita Malaysia yang kini tinggal di Kanada telah menjadi tular di serata dunia selepas sebuah video mengenai sumbangannya kepada golongan gelandangan telah dilaporkan Zinc.


Sabariah Binti Hussein yang berusia 70 tahun ini memilih untuk membantu gelandangan setelah menubuhkan pusat gelandangan wanita yang bernama Our 2nd Home di Montreal, Kanada.

Sabariah telah berpindah ke Kanada sejak 30 tahun lalu selepas menamatkan kursus masakan antarabangsa di Kuala Lumpur. Dia mula memasak untuk masjid-masjid di seluruh Montreal, dan juga bekerjasama dengan dua gereja tempatan dalam menyediakan masakan untuk golongan yang memerlukan di kawasan kejiranannya tanpa mengira agama, bangsa dan jantina.

Sabariah seterusnya telah menerima gelaran “Muslim Mother Teresa” dikalangan penduduk tempatan atas kerja kerasnya dalam membantu masyarakat.

“Dalam Islam, kita semua harus bersatu padu, lebih dari segalanya,” kata Sabariah kepada Montreal Gazette.

Malaysian Woman Dubbed Muslim Mother Teresa By Canadians Heres Why World Of Buzz
sumber: wob

“Inilah sebabnya mengapa saya mahu membuat sesuatu yang baik. Saya tidak mencari populariti, tetapi saya mahu semua orang tahu yang kami Muslim adalah orang yang baik-baik dan kami juga buat banyak perkara.” 

Malah lebih mengejutkan, Sabariah tidak menerima sebarang wang dari semua kerja kebajikan yang dilakukannya. Dia membantu sesiapa yang memerlukan dengan hati yang penuh ikhlas. Satu-satunya cara Sabariah memperoleh pendapatan ialah dengan menjual makanan di luar masjid tempatan selepas Solat Jumaat.

Semuanya dilakukan bersebab. Jelasnya,

Saya menganggap ini pekerjaan saya dengan Allah kerana saya tidak dibayar.” 

“Inilah perkara yang paling membahagiakan dalam hidup saya untuk melihat senyuman di wajah orang lain,” tambahnya lagi.

Namun mujurlah Sabariah tidak melakukan semua kerja-kerja berat ini sendirian. Dia mempunyai ramai sukarelawan yang sanggup membantunya untuk melakukan apa saja dengan ikhlas. Kebanyakan sukarelawan yang membantu Sabariah ialah golongan pelajar ataupun mereka yang pernah mendengar kisahnya di media sosial.

Malaysian Woman Dubbed Muslim Mother Teresa By Canadians Heres Why World Of Buzz 3
sumber: wob

Namun disebalik kisah kejayaannya, Sabariah juga pernah melalui dugaan yang perit. Pada tahun 2004 dan 2005, dia telah mengalami dua kali strok ringan. Strok pertama berlaku ketika dia sedang tidur, sebaik sahaja dia selesai mengumpul dana untuk mangsa tsunami di Indonesia. Dia kemudian tertidur selama tiga hari berturut-turut, kononnya disangka akibat dari kepenatan melampau.

Walau bagaimanapun, Sabariah sekali lagi diserang strok dan sekaligus doktor mengesan bahawa tidur tiga harinya dulu merupakan koma. Syukurlah dia terselamat dari kedua-dua serangan strok tersebut.

Malaysian Woman Dubbed Muslim Mother Teresa By Canadians Heres Why World Of Buzz 2
sumber: wob

Kini, Sabariah bekerjasama dengan Human Concern International dalam membantu mengumpul dana bagi anak-anak yatim Muslim Rohingya yang menjadi mangsa kepada penghapusan etnik di Myanmar beberapa tahun ini.

Berikutan sumbangannya, Sabariah telah memenangi pelbagai anugerah dan mempunyai kesempatan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau. Pun begitu, sehingga kini dia masih belum ada masa untuk bertemu dengan perdana menteri tersebut kerana terlalu sibuk membantu golongan memerlukan.

Katanya kepada Zinc,

“Saya benar-benar berharap dapat bertemu dengannya satu hari nanti supaya saya boleh sediakan mi kegemaran saya, gaya orang Malaysia!” 

Wah hebat sungguh Sabariah ini ye! Semoga kita dapat mempelajari sedikit sebanyak dari sikap kegigihannya itu dalam membantu orang yang memerlukan. Sukses selalu! 

Baca: Doktor Jahit Luka Sendiri Selepas Terkena Tembakan Supaya Dapat Bantu Selamatkan Nyawa

Doc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.