in

Anda Kini Boleh Tonton APA SAHAJA Filem di GSC Pada Harga RM6 Sehingga 31 Ogos!

11 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perhatian bagi semua kaki wayang di luar sana, GSC mempunyai satu pengumuman yang mengejutkan untuk anda. Mereka sedang mengadakan promosi dan menjual tiket wayang serendah RM6 untuk setiap filem. Wow!


Promosi ini akan berlangsung dari 6 Julai hingga 31 Ogos 2017 di mana-mana cawangan GSC.

11 1
gambar hiasan

Tetapi, harga tersebut boleh didapati hanya pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sahaja. Setiap pelanggan dibenarkan membeli dua tiket dewasa sahaja bagi setiap transaksi dan tempat adalah terhad.

Tiket boleh dibeli melalui laman web GSC atau menggunakan aplikasi di telefon pintar.

3 11
gambar hiasan

Paling penting, harga tiket RM6 itu hanya boleh didapati jika anda menggunakan Visa Checkout sahaja ye! Jadi pastikan anda klik di ikon Visa Checkout semasa membuat pembayaran. Tiket wayang yang dibeli juga harus ditonton pada hari yang sama anda membuat pembayaran.

Yang paling menarik, promosi tersebut boleh didapati di seluruh negara untuk semua filem 2D!

Promosi itu juga sah untuk 210 tiket yang pertama sahaja jadi seeloknya tempahlah tiket wayang anda cepat-cepat sebelum anda melepas.

Jadi tunggu apa lagi, jomlah tengok movie!

Baca : Genting Highlands Premium Outlets Akhirnya Dibuka Dengan Banyak Tawaran Dari Lebih 150 Kedai Berjenama!

2 7 E1499840520949

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.