in

“Pandainya…” – Video Kanak-kanak Berusia 4 Tahun Fasih Baca Al-Quran Tawan Hati Netizen

Baca Quran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Pandainya..." - Video Kanak-kanak Berusia 4 Tahun Fasih Baca Al-Quran Tawan Hati Netizen
Loading
/

Sejuk perut ibu mengandung.Itulah ungkapan yang sesuai dikatakan apabila melihat video yang tular di Facebook ini. Sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak membaca Al-Quran tular di media sosial dan berjaya menarik perhatian ramai yang mengagumi kefasihannya, lapor Malaysian Digest.


Melalui video tersebut, kanak-kanak yang bernama Muhammad Ahnaf itu dilihat berada di sebuah pra sekolah dan sedang membaca Al-Quran sambil jarinya digunakan sebagai penunjuk setiap ayat dibacakan.

Ahnaf 2
sumber: facebook

Video tersebut telah dimuat naik oleh gurunya, Wieyna Syazwina yang mengakui berbangga dengan pelajarnya itu.

“Muhammad Ahnaf seorang pelajar yang pintar. Pada usia 4 tahun, dia sudah boleh membaca Al Quran dengan fasih.

“Semoga membesar menjadi anak yang soleh, pandai dan berjaya di masa hadapan ya sayang,” kata Wieyna melalui entri itu.

Selain video tersebut, Wieyna turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan Ahnaf membaca Al Quran dan buku pembelajaran di pra sekolah tersebut.

Ahnaf 3
sumber: facebook
Ahnaf 4
sumber: facebook

Perkongsian Wieyna tentang Ahnaf menjadi tular dan berjaya tawan hati ramai netizen yang rata-rata memuji serta mendoakan si kecil itu. Aminnnn..

Komen 1
sumber: facebook

Beberapa netizen yang mengenali keluarga Ahnaf secara peribadi turut mengucapkan tahniah kepada ibu dan bapanya kerana berjaya mendidik anak sepintar itu.

Komen 3
sumber: facebook

Alhamdulillah. Semoga kegigihan adik Ahnaf belajar membaca Al Quran menjadi ikutan ramai kanak-kanak di luar sana 🙂

Baca: “Dalam banyak-banyak api, api cinta kita tak dapat awak padamkan” – Dua ‘Awek’ Bomba Curi Perhatian Ramai

Awek Bomba Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.