in

Anak Tidak Dengar Nasihat dan Keluar Kata-kata Kesat Ditetak Bapa Kandung

2017 21 2 14 28 34

Menjadi seorang ayah semestinya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak. Apatah lagi jika anak sering melawan dan tidak mendengar kata.

Namun, seorang ayah di Indonesia ini sanggup menetak leher anak kandungnya menggunakan parang kerana mendakwa anaknya itu melawan kata-katanya.

Tetak3

Suspek, Ahmad Subhan, 48, dikatakan bertindak sedemikian ketika anaknya itu sedang tidur di ruang tamu rumah kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat lalu.

Sejurus melakukan perkara itu, Ahmad memanggil isterinya yang ketika itu sedang tidur di dalam bilik dan mengatakan anak mereka sedang menangis.

Isterinya terkejut dan menjerit sebaik sahaja mendapati anaknya itu berlumuran darah di atas tilam. Jeritannya didengari jiran yang kemudian membawa mangsa ke hospital. Namun,  Muhammad Albani, 8, dilaporkan maut serta merta akibat kecederaan teruk dibahagian leher.

Tetak

Sebaik menerima panggilan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang sedang dalam keadaan murung. Menurut Ketua Pesuruhjaya Polis Cakranegara Haris Dinzah, suspek tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami gangguan mental ketika berbuat sedemikian.

Suspek mengakui menetak anaknya dan mendakwa berang dengan perangai anaknya,” kata Haris.

Suspek mendakwa sakit hati dengan anaknya yang sering mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, termasuk kepada isterinya. Ahmad juga mengaku menyesali perbuatannya dan turut mengaku melakukan sedemikian dalam keadaan sedar, bukan dipengaruhi bisikan suara.

Tetak2

Dia sangat nakal. Sering bercakap kasar dan meninggikan suara, sehingga saya berasa malu dengan jiran,” kata Ahmad.

Saya sakit hati, dia satu-satunya anak lelaki saya dan saya sangat menyayanginya. Dia juga sering memaki saya dengan kata-kata yang kotor padahal dia masih kecil,” katanya lagi.

Ahmad juga akui tidak pernah terfikir untuk berbuat sedemikian malah tidak pernah memukul anaknya itu. Namun, nasihat yang diberi sering dibalas dengat kata-kata yang tidak sepatutnya membuatkan emosinya marah.