“Anak kita panggil ummi bukannya walid” – Sajat Bidas Kritikan Netizen Isu Jantina

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Fuh perempuan! Walaupun sudah berkali-kali usahawan kosmetik, Nur Sajat memberitahu kepada netizen bahawa dia seorang wanita sejati, dirinya tetap dikecam.

Pelbagai cara telah Sajat cuba lakukan untuk membuktikan kewanitaan sebenar yang dimilikinya. Ini termasuklah isu usahawan tersebut bercinta dengan jejaka berbadan sado, Coach Yin dan juga pengakuannya yang bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki itu pada hujung tahun hadapan.

Sumber: Instagram

Kali ini Sajat muncul lagi dengan bukti baru untuk membidas kata-kata netizen yang menuduhnya sebagai pondan apabila anak angkatnya memanggil dirinya dengan nama ‘ummi’. Fuh biar betul??



Sumber: Instagram

Melalui video instastory yang dimuat naik olehnya di Instagram, Sajat yang sedang mendandan rambut telah disapa anaknya yang meminta untuk duduk dipangkuan.

Ummi! Nak duduk!” 

Sajat yang melayan anaknya manja terus berkata,

Haa, dengar tu anak kita panggil kita ummi, bukan walid. Budak-budak tak pandai menipu. Bila panggil ummi tu maknanya perempuan.” 

Emmm…

Susulan daripada video tersebut, netizen seperti biasa telah menghentam Sajat dengan mengatakan sememangnya kanak-kanak tersebut akan memanggilnya dengan nama ‘ummi’ kerana sejak dari kecil lagi mereka telah diasuh untuk memanggilnya dengan nama tersebut. Ye tak ye jugakkan?

Sumber: CARI

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang merasakan Sajat terlalu try hard untuk membuktikan dirinya sebagai seorang perempuan.



Sumber: CARI

Nampaknya, walaupun apa pun yang diperkatakan usahawan kosmetik ini, netizen masih sukar untuk mempercayainya. Jangan lupa, sebelum ini Sajat juga berani menyatakan hasratnya untuk menunaikan ibadah haji atau umrah di Mekah walaupun ramai yang masih mempersoalkan isu jantinanya. Hmm isu berat ni…

Walau bagaimanapun, diharapkan kontroversi ini tidak berpanjangan. Tak elok pula apabila anak angkatnya yang tak ada kena mengena terbabit dalam isu ini dan dikecam netizen dengan membuta tuli.

Sumber: Instagram

Mungkin netizen akan percaya dengan kata-kata Sajat jikalau dia hamil atau melahirkan anak satu hari nanti? Hmm… entahlah! 

Baca: “Alhamdulillah…” – Sajat Berjumpa Keluarga Bakal Suami di Kelantan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!