in

Anak Kecil Berusia 5 Tahun Ditinggalkan Ibu Bapa di Hospital Kerana Menghidap Kanser

Face

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya apabila ibu bapa mendapat tahu bahawa anak mereka menghidap penyakit, tidak kira ianya hanya demam biasa atau melibatkan nyawa, pasti ibu bapa berkenaan menjaga anak mereka sebaik mungkin. Lain pula kisahnya yang berlaku di Guangdong, China ini, di mana anak kecil berumur 5 tahun ditinggalkan ibu bapanya di hospital kerana menghidap penyakit kanser. Kesiannyaa!


Menurut WOB, kejadian ini berlaku pada 10 Oktober yang lepas, di mana seorang bapa telah menghantar anak lelakinya ke hospital selepas perasan anaknya mengalami dehidrasi dan masalah untuk berdiri.

Anak kecil malang yang bernama Rong Rong ini kemudiannya disyaki mengalami penyakit pelik, tetapi bapanya enggan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kemudiannya, doktor memaklumkan bahawa,

Rong Rong telah menghidap penyakit Rabdomiosarkoma, iaitu penyakit yang selalunya muncul di bahagian mata, kepala dan leher. Memilukan lagi, penyakit ini jarang sekali berlaku kepada kanak-kanak.

Rongrong 1
gambar hiasan

“Pada 23 Oktober lalu, bapa Rong Rong telah memberitahu kepada kakitangan yang bertugas bahawa dia perlu mencari duit untuk membayar rawatan anaknya itu. Tetapi beliau telah menghilangkan diri selama 4 hari”

Bapa Rong Rong hanya pulang ke hospital setelah pihak hospital tersebut membuat report kepada pihak polis. Dan pada malam itu, dia menghilangkan diri lagi selepas bersetuju untuk membenarkan anaknya itu memberi rawatan yang lebih lanjut. Boleh pulak macam tu?

Kini, Rong Rong semakin lemah dan hanya seberat 15 kg. Jururawat di situ terpaksa menyuapkannya susu kerana dia tidak mampu untuk makan apa-apa, walaupun sesuap bubur. Pihak hospital turut membawa baju untuk Rong Rong, memandangkan bapanya tidak meninggalkan sehelai baju pun untuknya.

Baby 1 1 E1509771885486
gambar hiasan

Pihak hospital turut cuba mencari ibu Rong Rong, tetapi gagal.

Bagi melanjutkan rawatan Rong Rong, pihak hospital perlu mendapatkan persetujuan daripada ibu bapanya tetapi kerana mereka gagal mencari pasangan itu, rawatan tersebut tidak dapat diteruskan.

“Ketumbuhan yang ada pada Rong Rong semakin teruk. Menyedihkan lagi, jangka umur Rong Rong semakin singkat”

“Kami tak pasti Rong Rong akan selamat walaupun pembedahan dijalankan ke atasnya. Kami hanya harap ibu bapa Rong Rong dapat datang, teman anak ini,” ujar doktor di situ.

Rongrong

Kesian anak kecil ini.. Harap ibu bapa Rong Rong sempat bertemu sebelum ajal Rong Rong sampai..

Baca: Budak 5 Tahun Diabai Sejak Bayi, Ibu Bapa Hilangkan Diri Tak Mahu Bertanggungjawab

Budak Perempuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.