in

‘Anabelle: Creation’ Sangat Menyeramkan Hingga Penonton Korea Selatan Terkencing Dalam Seluar

Annabelle Creation Is So Scary It Reportedly Causes South Korean Netizens To Pee Their Pants World Of Buzz 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru saja seminggu Anabelle: Creation ditayangkan, filem ini rata-rata mendapat sambutan hangat penonton.


Ada yang kata filem ini biasa-biasa sahaja. Ada yang kecut perut hingga terbayang-bayang Anabelle ikut mereka pulang rumah. Ada pula yang balik je rumah terus buang semua anak patung mereka sebab takut kena rasuk. Sampai macam itu sekali penangan Anabelle ye?

Namun kisah yang dikongsikan dari penonton di Korea Selatan ini menarik sekali.

Annabelle
sumber: tv movie fix

Menurut World of Buzz, filem ini begitu menyeramkan hingga penonton Korea Selatan telah berkongsi pengalaman ‘pelik’ mereka selepas menonton filem tersebut. 

Percaya atau tidak, beberapa penonton Korea Selatan terkucil dalam seluar mereka dek kerana menonton filem ini. Haa biar betul??

20170816Pfb46C
sumber: chinapress

Ada yang menonton bersama rakan dan sebaik sahaja selesai menonton filem tersebut, habis basah lencun seluar mereka. Ada juga yang mengalah di tengah jalan dan terus keluar dari pawagam walhal baru sahaja masuk selama 40 minit.

Malah ada juga yang kongsikan tips untuk tidak meminum air sebelum menonton tayangan dan pastikan lampu sentiasa terbuka. Macam-macam kerenah mereka ni semua!

20170816Pfb46E
sumber: chinapress

Seorang lelaki juga turut kongsikan kisah sedihnya selepas menonton filem tersebut bersama bekas kekasih.

“Saat menonton filem tersebut saya menjadi lebih takut dari kekasih saya dan selepas dia melihat apa yang berlaku kepada saya, terus dia minta putus,” katanya. Alahai kesiannya. Tak mengapa bang. Bunga bukan sekuntum.

Jadi apa pendapat anda semua? Kami rasa biasa-biasa je Anabelle ni. Seram sangat ke??

Baca: Anabelle: Creation Terima 100% Rating Dan Diundi Filem Paling Seram 2017

Capture 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.