Amah Tidak Tahan Didera Tinggal Nota Bunuh Diri Sebelum Terjun Bangunan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Baru-baru ini tular sebuah rakaman mengerikan seorang gadis bunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi di Singapura.

Menurut Coconut Singapore, kejadian itu berlaku pada 12 Jun lepas di kondominium The Interlace. Mangsa merupakan seorang pekerja asing yang berusia 25 tahun dan berasal dari Myanmar.

Sumber: World of Buzz

Dalam salah satu rakaman video, gadis tersebut dilihat sedang mencangkung di luar palang besi koridor kondominium tersebut dengan seorang wanita lain cuba menenangkannya.



Kemudian di video lain pula, wanita malang itu dirakam terjun dari tingkat atas bangunan dan akhirnya jatuh mendarat di atas tanah dengan bunyi yang agak kuat. Ngeriii!  

Sumber: World of Buzz
Sumber: World of Buzz

Orang ramai yang melihat kejadian berkenaan didengari menjerit ketakutan saat tubuh wanita itu dilihat menghempap tanah.

Walau bagaimanapun, tiada info lanjut mengenai kes tersebut sehinggalah rakan kepada mangsa memuat naik status di Facebook yang mendakwa mangsa telah didera.

Dalam perkongsian tersebut dia menulis,

Kami menulis untuk kerajaan Singapura, untuk melindungi pembantu rumah dari Myanmar yang berkerja di sana.”

Kehilangan saudara kami disebabkan dia telah dilayan dengan buruk oleh majikannya yang tidak menjaga makan minumnya dengan baik, tiada makanan dan hanya minum air sahaja. Dia telah menulis ini kepada kami untuk membuktikan kepayahan yang dihadapinya dengan majikan tersebut.”

Berikut merupakan gambar nota dari mangsa yang telah dimuatnaik saudaranya.



Sumber: World of Buzz
Sumber: World of Buzz

Dan sudah pastinya, majikan tersebut tidak membenarkan mangsa untuk berjumpa pihak agensi setelah mereka telah menderanya.

Dia sudah tidak ada jalan lain selain membunuh diri.”

Sedihnya!

Dalam pada itu, pihak polis Singapura masih menyiasat kes tersebut. Berikutan hal ini, majoriti dari pembantu rumah di Singapura yang terkesan dengan kejadian tersebut memuat naik status takziah dan bersimpati dengan apa yang menimpa mangsa.

Semoga apa yang menimpa mangsa diadil dengan sebaiknya. Majikan yang mendera patut dihukum! 

Tonton video di bawah (AMARAN video yang dipaparkan agak ngeri):



Baca: Pelajar Kolej Di Pulau Pinang Bunuh Diri, Tidak Tahan Jadi Mangsa Buli Siber

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!