“Alhamdulillah tiada lagi Sajat perosak lagu” – Netizen Like Abang Nak Tegur 2.0, Jadi Trending No.1 Di Malaysia

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Seperti yang diketahui ramai, jutawan kosmetik Malaysia serba boleh Dato’ Aliff Syukri telah melancar single terbaru berjudul Abang Nak Tegur bulan November yang lalu. Dinyanyikan duet bersama seorang lagi usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat, Aliff pelik mengapa video lagunya mendapat banyak unlike di Youtube walaupun menerima pujian isteri.

Menerima 301,000 unlikes di laman Youtube, lagu Abang Nak Tegur dikecam ramai netizen yang rata-rata menyalahkan suara Sajat kerana kedengaran agak kasar dan merasakan seperti mereka perlu menekan butang dislike pada video tersebut.

Sumber: Youtube

Ada juga di antara netizen yang menyatakan bahawa mereka akan like video single sulung Aliff itu jika dia menyanyi bersama isterinya, Datin Nur Shahida. Semenjak itu, Aliff tidak putus-putus memujuk dan merayu isterinya menyanyi bersama supaya lagu Abang Nak Tegur menerima banyak likes di Youtube.



Setelah puas dipujuk, Shahida nampaknya telah bersetuju untuk menyanyi bersama si suami. Hasilnya, keluarlah Abang Nak Tegur 2.0! Dalam klip video muzik terbaru itu, Aliff akhirnya berjaya menyanyi duet lagu Abang Nak Tegur bersama isterinya. Haa, korang dah dengar ke belum?

Sumber: Youtube

Berbeza dengan video muzik mewah yang dihasilkan bersama Sajat di luar negara, klip video muzik berdurasi 4 minit 7 saat tersebut hanya dirakam di dalam kamar tidur mereka sahaja. Dua anak angkat Aliff juga turut membuat penampilan dalam video muzik berkenaan.

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Rata-rata netizen memberikan komen memberangsangkan terhadap Abang Nak Tegur 2.0 dan nampaknya bagai menepati janji kerana telah video tersebut menerima 138,000 ribu likes di laman Youtube. Bukan itu sahaja, lagu itu juga telah trending nombor 1 di laman Youtube! Wah, banyaknya likes! Mesti Dato’ Aliff happy ni! 

“Alhamdulillah tiada lagi Sajat perosak lagu.”

“Wow nice suara Datin Shahida!”



“Dengar suara dia lebih lembut sikit dari suara si Sajat.”

“Wah sweetnya Dato’ dengan wife, macam ni baru best.”

Rasa macam nak menari pulak dengar rentak lagu ni. Korang dah like ke belum? Kata nak like banyak-banyak kalau dia nyanyi dengan wife dia kan?

Baca: “Pelik kenapa orang tekan unlike…” – Aliff Syukri Hairan Terima 25,000 Unlike Video YouTube

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.