in

Alamak! Genting Highlands Tidak Lagi Menyediakan Parkir Percuma Mulai Oktober Ini

No More Free Parking In Genting Highlands Starting From October World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Genting Highlands adalah destinasi percutian yang menjimatkan (selain membayar petrol dan tol) bagi mereka yang sekadar ke sana untuk suka-suka dan menikmati udara sejuk yang nyaman. Tapi jikalau nak ke tempat ‘judi’ atau hotel mahal lain ceritanya pula ye! 


Hi107437839
sumber: malaysia fact book

Pun begitu, kami ada berita buruk yang ingin disampaikan kepada mereka yang kerap berkunjung ke Genting Highlands. Menurut World of Buzz, tempat meletak kereta di Genting Highlands sudah mula mengenakan bayaran! Apaa??

Caj parkir sudah mula dikenakan pada 1 Oktober lalu kepada hampir kebanyakan tempat meletak kereta, termasuklah di hotel-hotel. Ini termasuklah di hotel seperti Maxims, Genting Grand, First World dan Sky Plaza.

Buat masa ini, caj parkir di Genting Highlands ialah RM5 sehari pada hari biasa, namun cajnya berubah ke RM8 pada hujung minggu dan cuti umum. Terus rasa macam nak cancel trip ke Genting kan? 

No More Free Parking In Genting Highlands Starting From October World Of Buzz
sumber: wob

Walau bagaimanapun, jangan terkejut pula kalau cajnya berubah pada tahun 2018. Ia difahamkan kadar caj tersebut hanyalah sementara dan akan diubah pada 1 Januari 2018 nanti.

Bermula tahun hadapan, kadar caj parkir akan dikira mengikut jam. Caj bagi hari biasa akan bermula dari RM2 setiap jam dengan caj maksimum RM12 sehari. Manakala bagi hujung minggu dan cuti umum, RM3 bakal dikenakan bagi setiap jam dengan kadar caj maksimum sebanyak RM18 sehari. Alamak! Maheiinya! 

No More Free Parking In Genting Highlands Starting From October World Of Buzz 3
sumber: wob

Walaupun begitu, pengguna kad ahli Genting Rewards masih boleh menikmati parkir percuma sehingga hujung Oktober ini. Pada 1 November hingga 31 Disember nanti, parkir percuma hanya diberikan kepada ahli yang menggunakan kad Emas dan ke atas. Hmm tak ramailah yang datang ke Genting nanti…

299C
sumber: says

Selain itu, Awana Car Park di Genting Premium Outlets juga sudah mula mengenakan caj parkir dan hanya ahli Genting Rewards saja diketepikan dari bayaran ini. Namun sehingga kini masih tiada berita mengenai kenaikan caj parkir di sana. Harap-harap tak naik lah kan! 

Bagi mereka yang nak ke Genting hujung minggu ini, jangan lupa sediakan duit parking ye! 

Baca: Genting Highlands Premium Outlets Akhirnya Dibuka Dengan Banyak Tawaran Dari Lebih 150 Kedai Berjenama! 

Genting

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.