“Aku nampak dua tangan yang menyeksa anjing tu dan sengaja merakam dengan tujuan nak viralkan!”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Binatang seperti kucing dan anjing menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Haiwan-haiwan seperti ini selalunya sangat disayangi oleh manusia. Pun begitu, ada segelintir manusia yang tidak berhati perut kerana sanggup memperlakukan binatang ini dengan kejam tanpa sebab yang munasabah.

Menurut satu perkongsian di Facebook, dua ekor anjing telah dijumpai di kawasan Sungai Buloh dengan keadaan yang sangat menyedihkan. Dalam gambar yang dikongsikan, seekor anjing dilihat seolah-olah diikat pada sebatang kayu supaya ia tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Sumber: Facebook

Tambah menyedihkan, anjing tersebut kelihatan seperti sedang cuba untuk melepaskan diri daripada ikatan di kayu tersebut tetapi gagal. Seekor lagi anjing pula kelihatan seperti tersekat di bawah sebatang kayu. Keadaan yang menyeksakan itu membuatkan mata anjing berkenaan hingga terbeliak. Kesiannya..



Melalui perkongsian di Facebook itu, orang ramai yang berada di sekitar Sungai Buloh atau berdekatan dengan kawasan itu digesa supaya segera ke tempat kejadian bagi menyelamatkan anjing-anjing yang teraniaya tersebut.

Sumber: Facebook

Entri itu juga memberitahu bahawa seorang individu bernama Yekshu Akshaya khabarnya mendapat berita ini melalui seorang lelaki melayu yang memaklumkan bahawa terdapat dua ekor anjing yang diikat di Seri Pistana, Sungai Buloh.

Lebih menyedihkan, ibu kepada anjing-anjing yang teraniaya itu dikatakan telah ditembak oleh penangkap anjing beberapa hari yang lalu dan salah seekor daripada anak anjing telah mati kerana dilanggar. Oleh sebab itulah hanya tinggal dua ekor anjing ini sahaja pada ketika itu, namun terdapat individu yang tidak berperikemanusiaan bertindak mengikat anjing tersebut.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Yekshu mengatakan bahawa dia telah menghubungi pihak berkuasa untuk datang mengambil anjing-anjing tersebut namun masih meminta jasa baik orang awam yang berada berdekatan untuk menyelamatkan anjing itu terlebih dahulu.

Menurut komen seorang netizen, dia mendakwa melihat orang yang tergamak melakukan perkara kejam terhadap anjing itu dan merakamnya bagi tujuan menularkan video tersebut. Rata-rata netizen yang menulis di ruangan komen mendoakan supaya anjing-anjing tersebut segera diselamatkan dan mahu orang yang melakukan perbuatan tersebut menerima balasan yang sewajarnya. 



Aku nampak dua tangan yang menyeksa puppy tu dan ada yang sengaja merakam dengan tujuan untuk viral kan.”

Beberapa jam selepas perkongsian dimuat naik oleh Yekshu, Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia (MAWA) memaklumkan bahawa mereka telah menghantar beberapa orang individu untuk menyelamatkan anjing-anjing tersebut. Setibanya mereka di tempat kejadian, anjing-anjing tersebut rupanya sudahpun diambil oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Mengetahui hal berkenaan, pihak MAWA segera menghubungi individu terbabit dan mengambil anjing tersebut daripada tempat kurungan binatang MPKS kerana khuatir mereka akan dijangkiti jangkitan berbahaya seperti Parvo dan Distemper jika berada lebih lama di sana.

Menurut MAWA, anjing-anjing tersebut ditangkap oleh penduduk setempat dan diikat pada pokok berkenaan sementara menunggu pihak berkuasa datang. Berdasarkan perkongsian terbaru MAWA di laman Facebook, anjing-anjing tersebut kini telah selamat dan akan ditempatkan di tempat yang lebih elok. 

Sumber: Facebook

Mujurlah dah diselamatkan. Sedih tengok anjing teraniaya macam tu. Anjing pun makhluk Tuhan juga, kenapa perlu seksa mereka?!

Baca: Pelajar Perubatan Bunuh Anjing Peliharaan Semata-mata Untuk Duit Pampasan



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.