in

“Aku nak jaga maruah ayah aku” – Pakcik Ini Disangkakan Culik Budak, Rupa-rupanya…

Page 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan, kes mencuri anak kecil sekarang semakin menjadi-jadi. Tak kira di mana dan bila, pantang ibu bapa mereka leka sesaat, habis dikebas anak. Kes seperti ini pasti akan didengari hampir setiap hari. Namun berbeza pula dengan kisah ini, di mana seorang pakcik dituduh mencuri budak, malah dipukul orang awam. Aishhh kesian pakcik tu!


Menurut FH Firdaus, anak kepada pakcik tersebut telah menjelaskan secara terperinci tentang apa yang sebenarnya telah berlaku melalui media sosial. Katanya, kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat yang lalu di Okaidi Store, Paradigm Mall, Johor Bharu.

Photo 2018 02 18 13 53 21
sumber: facebook

Pada mulanya pakcik tersebut telah membawa dua orang cucu dan ditemani oleh anaknya pergi ke mall tersebut. Namun mereka mula berpecah untuk pergi ke kedai yang lain.

“Ayah aku bawa si abang dan adik aku bawa si adik. Kejadian berlaku sebab si abang menangis nak pergi tempat mainan. Tapi ayah aku cuba pujuk sebab nak tunggu adik dia sekali.”

Dek kerana merajuk tidak dapat bermain di tempat permainan, abang telah berdiri berdekatan dengan kaki eskalator. Tangisannya semakin kuat apabila ramai orang yang berkumpul di kawasan eskulator tersebut membuatkan pakcik itu menarik dan terus mendukung cucunya untuk cuba menenangkan.

Photo 2018 02 18 13 53 18
sumber: facebook

“Kemudian, tiba-tiba datang seorang lelaki India bersama keluarganya datang dan terus ‘tumbuk’ ayah aku tanpa bertanya apa-apa.”

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan terus menuduh bapanya menculik abang sedangkan dia merupakan cucunya sendiri. Akibat daripada kejadian tersebut, ramai orang berkumpul mengepung bapanya dan datang pula keluarga Cina yang cuba mengambil abang dan bawa jauh daripadanya.

“Kalau korang kat tempat ayah aku, agak-agak korang mengamuk tak? Mereka di situ cuba menuduh ayah aku untuk menculik cucu sendiri.”

Photo 2018 02 18 13 53 13
sumber: facebook

“Ayah aku tunjukkan bukti seperti IC polis berserta gambar di phone dia. Dan apa yang terjadi, mereka menuduh lagi ayah aku curi phone tu sedangkan ayah aku buka lock phone depan mata dorang dan wallpaper pun gambar ayah aku dengan cucu dia.”

Apa yang dikesalkan oleh bapanya, mereka semua langsung tidak menghormati pada polis dan tidak usul periksa dahulu sebelum membuat sesuatu hukuman. Kann suka-suka je!

Photo 2018 02 18 13 52 36
sumber: facebook

“Korang bayangkan apa perasaan korang kalau bapa korang kena tumbuk tanpa sebab dan sampai lebam tepi mata dengan tepi bibir. Kalau nak cari saksi kejadian, berserta India dan Cina yang pegang anak buah aku tu, aku nak settlekan sebab aku tak ada kat tempat kejadian. Aku nak protect maruah ayah aku.”

Dalam perkongsian itu lagi, Firdaus turut meminta orang ramai yang ada di situ untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi sehinggakan mereka sanggup berkelakukan sedemikian.

Kesian pakcik tu.. Harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan harapnya tidak berulang lagi….

Baca: Budak Perempuan Berusia 4 Tahun Nyaris Diculik Ketika Ditinggalkan Bapa Untuk Ke Tandas

Photo 2018 02 18 14 53 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.