in

“Aku marahi dia atas nasib keluarga yang diuji Tuhan di atas sana”- Guru Ini Kesal Marahi Muridnya Tanpa Periksa

Kasut Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Secara umumnya, tugas seorang guru bukanlah hanya mengajar muridnya semata-mata. Sebaliknya, pelbagai liku yang perlu dihadapi oleh seorang guru dalam mendidik murid menjadi insan yang berjaya. Ia samalah seperti situasi yang dihadapi oleh seorang guru lelaki bernama Mohd Fadli Salleh.


Berikut tular luahan hatinya di media sosial baru-baru ini.

20882398 1560857847269138 1538387464549868288 N E1507501001719
sumber: facebook

Cikgu Fadli, bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ini telah menceritakan kekesalannya dalam memarahi seorang pelajar perempuan yang sering memakai selipar ke sekolah.

“Dari jauh aku perhati murid ini pakai selipar lagi datang ke sekolah. Sedikit geram dan marah aku rasa. Sebab Jumaat lepas aku dah tegur, katanya kasut basah.”

Kisahnya bermula apabila guru ini merasa marah dan tercabar sebagai seorang guru disiplin apabila anak muridnya tidak mendengar teguran yang diberikan walaupun teguran tersebut telah diberikan dengan cara yang baik.

Menurutnya, dia sudah berulang kali menegur seorang murid perempuan yang memakai selipar hampir 3 hari ke sekolah. Apabila murid tersebut disoal dan dimarahinya, dia sekadar menundukkan kepalanya dan menyebut,

“Kasut saya basah, cikgu.”

Selama 3 hari, hanya itulah perkataan yang dikeluarkan dari bibir murid bernama Aisyah berkenaan apabila disoal atau dimarahi perihal kasutnya.

1
sumber: facebook

Tersentak guru ini apabila dimaklumkan tentang keadaan sebenar murid tersebut. Menurutnya, murid itu malu hendak meluahkan perkara yang sebenar akan mengapa dia memakai selipar ke sekolah. Murid itu juga berasa malu untuk menyatakan segala kesusahan yang melanda diri dan keluarganya.

Namun ternyata nasib murid tersebut baik. Kebetulan, Cikgu Fadli bakal melancarkan Projek Beg Sekolah, Uniform Sekolah dan Kasut Sekolah yang dianjurkannya pada bulan tersebut. Program itu bertujuan untuk memberi barang keperluan sekolah untuk kegunaan murid miskin, anak yatim dan mereka yang memerlukannya.

2
sumber: facebook

Selepas dari kejadian itu, Cikgu Fadli terus-terusan membantu murid berkenaan dengan memberikan bantuan wang belanja RM2 kepada dia dan adiknya.

“Sebak aku rasa. Sangat sebak. Aku marahi dia atas nasib keluarga yang diuji Tuhan di atas sana. Dan dia redha dimarahi tanpa membuka kisah sebenar.

“Walau sebak, aku tahan sekuat hati. Air mata aku telan, banyak mata menyaksikan aku bersoal jawab dengannya termasuk rakan guru.”

3 E1507501675501
sumber: facebook

Cikgu Fadli ada juga meminta untuk melihat keadaan kasut lama yang dipakai Aisyah. Ternyata dia sangat terkejut apabila melihat keadaan kasut tersebut. Keadaannya sudah haus dan memang tidak sesuai untuk digunakan oleh mana-mana pelajar lagi.

Dek kerana kasihan melihat keadaan murid tersebut, guru berdedikasi ini telah membelikannya sepasang kasut baru kerana tidak mahu Aisyah merasa rendah diri apabila di sekolah akibat asyik memakai selipar.

Hebat guru ini. Saling bantu membantu tidak merugikan mana-mana pihak pun.. Buat guru diluar sana, contohilah sikap baik Cikgu Fadli.

Baca: “Kenapa suap makanan pada saya? Saya pembunuh” – Pelajar 10A Berubah Menjadi Pembunuh Kerana Dadah

Drug

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.