in

“Aku kena tampar, kena tolak kepala, kena maki….” – Lelaki Pukul Kekasih Untuk Sorok Kecurangan

Psycho8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cemburu merupakan satu penyakit yang bahaya kerana orang yang cemburu sanggup melakukan perkara yang tidak elok kepada pasangan mereka atas alasan sayang dan cinta. 


Kita biasa dengar kisah teman lelaki mendera atau menyerang kekasihnya kerana cemburu walaupun hakikatnya mereka tidak pernah curang kepada pasangan. Baru-baru ini, seorang wanita telah bercerita mengenai bekas kekasihnya yang sering mengongkong dan sering cemburu dengan lelaki lain yang berada di sekelilingnya.

Melalui perkongsian di IIUM Confession, seorang wanita bernama Mimi berkongsi pengalamannya berada dalam perhubungan yang tidak sihat selama empat tahun. Kisahnya bermula apabila Mimi memulakan perhubungan dengan R dan pada awalnya mereka sangat bahagia sehingga mereka berdua pernah terlanjur.

The 7 Most Abusive Movie Boyfriends1
gambar hiasan

Menurut Mimi, R mula berubah apabila dia menyambung pelajaran jauh dari kekasihnya itu. R berubah dan mula mengongkong, melempar makian serta mula menengking Mimi. R juga akan memakinya sekiranya dia tidak menjawab panggilan dan sering menuduhnya curang.

Bukan itu sahaja, R juga turut menghalang Mimi daripada berkawan dengan semua kawan-kawan dan sepupu-sepupu lelaki sehinggakan dia terpaksa membuang semua nombor telefon mereka bagi mengelakkan pergaduhan.

Lelaki itu juga dikatakan pernah menampar, menolak kepala dan memakinya di hadapan kawan-kawan mereka. Dia juga pernah mengugut untuk memberitahu semua kenalan bahawa mereka pernah terlanjur.

Psycho3
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, pesanan ringkas daripada ibunya telah membuka mata Mimi.

Mak tak suka dia. Jangan lawan cakap mak dan ayah. Tak bahagia hidup kalau tiada restu mak ayah. Mak tak nampak tapi Allah nampak.”

R juga sangat suka mengongkong sehingga dia membuka dan membaca semua mesej serta menuduhnya curang kerana seorang rakan lelaki pernah mengajak Mimi keluar bersama dengan rakan-rakan lain. Mimi akhirnya mengambil keputusan untuk putus dengan kekasihnya itu dan bertemu semula beberapa tahun kemudian kerana kononnya R ingin berbaik semula dengannya dan ingin berubah.

Ketika mahu memujuknya, R telah terlepas cakap dan mendedahkan yang dia kerap keluar dan terlanjur dengan perempuan lain sepanjang mereka bercinta. Dia juga mengaku tujuannya mengongkong selama ini adalah kerana takut Mimi juga akan curang sepertinya.

Psycho6
gambar hiasan

Walaupun begitu, Mimi cuba melupakan segalanya kerana semuanya sudah lama berlalu. Sehingga kini, R dikatakan masih mencari jalan untuk mengganggu hidup Mimi walaupun Mimi bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain.

Psycho lelaki macam ni. Harap-harap dia akan berhenti kacau Mimi bila dia dah kahwin nanti.

Baca: Lelaki Letak Bom Buatan Sendiri Dalam Kereta Bekas Kekasih Kerana Hubungan Diputuskan

Psycho

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.