in

Akibat Pilih Untuk Bermadu, Izreen Azminda Dapat Kritikan Hebat Daripada Peminat

Featured Izreen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini tiba-tiba tular tentang artis negara kita, Izreen Azminda, 32, yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Heboh di media sosial mengatakan bahawa Izreen akan berkahwin dengan jejaka yang dikenali sebagai Ude iaitu seorang pemuzik bebas, juga kini seorang keyboardist bagi Gegar Vaganza 4.


Tetapi hari ini lain pula kisahnya apabila heboh tentang berita di mana mereka sudah pun berkahwin. Tahniah kami ucapakan. Tetapi yang membangkitkan kemarahan peminat apabila mendapati bahawa Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Wahid, 29, sudah pun mempunyai isteri dan isterinya itu tidak maklum tentang perkahwinan suaminya itu.

Izreen 4
sumber: instagram

Menurut Mstar, mereka sudah pun bernikah pada 8 Ogos yang lalu, sementara isteri pertama Ude iaitu Intan Liana Salih, 30, hanya mengetahui berita tersebut kira-kira dua minggu yang lepas.

Sebelum ini Izreen, yang juga pernah berkahwin dan berpisah pada tahun 2014 yang lalu, pernah memberi kenyataan bahawa tidak salah sekiranya seseorang lelaki untuk berkahwin lain kerana golongan itu dibenarkan oleh agama Islam untuk mempunyai empat orang isteri.

Izreen 3
sumber: kisah dunia

Perkahwinan mereka rata-ratanya menerima cacian dengan kata-kata yang kurang sopan dari peminat. Mereka menjadikan Instagram peribadi milik Izreen sebagai medan meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara dia bernikah dengan lelaki yang berstatus suami orang.

Screenshot 2017 12 02 10 44 09
sumber: instagram
Screenshot 2017 12 02 10 44 47
sumber: instagram
Screenshot 2017 12 02 10 44 58
sumber: instagram
Screenshot 2017 12 02 10 46 04 1
sumber: instagram

Menurut komen-komen yang diterimanya, masing-masing menyifatkan Izreen sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang lain dan semuanya mempertikaikan mengapa Izreen memilih suami orang untuk menjadi suaminya sedangkan ramai lagi lelaki yang berstatus single di luar sana.

Screenshot 2017 12 02 10 44 05
sumber: instagram
Screenshot 2017 12 02 10 45 10
sumber: instagram
Screenshot 2017 12 02 10 44 35
sumber: instagram
Screenshot 2017 12 02 10 45 55
sumber: instagram

Sebelum ini Utusan Online pernah berjumpa dengan Intan untuk mendapatkan maklumat lanjut darinya.

Menurut Intan, dia sedia untuk hidup bermadu dan menerima seorang pelakon untuk berkongsi kasih. Intan turut memaklumkan bahawa dia reda dengan keputusan suaminya itu untuk berpoligami.

Izreen 1
sumber: youtube

Izreen yang juga pernah membintangi filem Juvana itu mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan olehnya setakat ini. Dalam pada itu juga, Izreen dan Ude akan mengadakan majlis doa selamat pada 7 Disember ini di Damansara.

Apa-apa pun kami harapkan mereka dapat selesaikan masalah ini dengan cara yang baik. Netizen pula harapnya dapat bersabar..

Baca: “Entah-entah cacat tak boleh bercakap” – Netizen Kritik Amyra dan Amar Tak Tunjuk Muka Anak

Pageee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.