in

“Akak, tayar kereta you pijak kaki I” – Wanita Kongsi Taktik Lelaki ‘Paw’ Duit Cara Mudah

Featured Kaki Lenyek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini, taktik untuk mendapatkan duit secara ‘percuma’ sangat kreatif. Ada sahaja cara yang mereka gunakan, sehinggakan kita tidak pernah terfikir wujudnya cara itu. Kannn! Terbaru, seorang wanita telah berkongsi di laman facebooknya, tentang taktik kaki dipijak dengan tayar kereta yang berlaku padanya baru-baru ini.


Menurut Umie Adam, kejadian tersebut berlaku pada hari Isnin yang lepas berdekatan dengan UTC, Sentul. Pada waktu itu, dia ingin keluar dari simpang empat dan muncul sebuah motor biru di sebelahnya. Dek kerana pandangannya dihalang kereta yang parkir di tepi jalan, dia terpaksa ke hadapan sedikit dan lebih menyukarkan lagi apabila pemilik motor biru itu turut menghalang pandangannya.

Lenyek Kaki 2 E1509171001295
sumber: facebook

“Akak, tayar kereta you pijak kaki i”

Tiba-tiba pemilik motor biru tersebut, iaitu seorang lelaki India berkaca mata menegurnya. Secara spontan, Umie terus meminta maaf pada lelaki tersebut kerana terkejut, dan lelaki itu memintanya untuk berjumpa di tepi jalan.

Menurut perkongsiannya lagi, Umie agak risau dengan keadaan lelaki itu memandangkan dia telah ‘terpijak’ kaki lelaki itu dengan tayar kereta Vivanya. Sudah beberapa kali dia mengajak untuk pergi ke klinik berdekatan, tetapi lelaki tersebut tidak mahu dan hanya memberikan alasan.

“Akak bagi duit, saya pergi klinik sendiri”

“Kalau tak ada cash, akak pergi bank. Saya follow akak. Senangkan”

Itu adalah idea ‘bernas’ yang diberi olehnya. Ceit bernas ke? Dari tingkah laku ini sahaja, dapat dilihat yang lelaki ini sebenarnya hanya inginkan duit. Ish suka-suka je! Malah, lelaki itu turut memberi idea lain dengan memintanya untuk meminjam duit daripada rakannya yang turut bersamanya di dalam kereta.

Lenyek Kaki 1 E1509171149925
sumber: facebook

“Dia pandang kawan aku. Masa ini, dia tengok kawan aku sambil perhati je kereta. Tajam betul pandangan mata dia”

Akhirnya, Umie hanya memberikan RM 13 sahaja memandangkan hanya sebanyak itu yang dia ada pada waktu itu.

Setelah semuanya selesai, Umie bertembung lagi dengan lelaki tersebut dan yang mengejutkan, lelaki itu turut menggunakan taktik yang sama pada kereta yang lain! Eyy pandai kau kan!

Lenyek Kaki 3 E1509171064902
sumber: facebook

“Berlakulah adegan kejar-mengejar antara lelaki tu dengan mangsa baru dia. Kereta tu tak nak layan dia, apa lagi dia kejar la”

Umie turut mengekori mereka dari belakang kerana tidak puas hati dengan lelaki itu. Akhirnya, lelaki tersebut tidak berjaya mengejar mangsa barunya dan Umie pula tidak berjaya mengejar lelaki tersebut kerana lelaki itu perasan dia diperhatikan. Umie mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pada hari berikutnya.

Menurut laman komen di Facebooknya, turut ada orang lain yang terkena taktik yang sama seperti gadis ini.

Bahaya betul zaman sekarang ni. Yang memandu, sentiasa berhati-hati dengan sekeliling anda ya!

Baca: “Kenapa you lari, kenapa you tak berhenti?” – Lelaki Kejar Kereta Sejauh 5KM Selepas Dilanggar Lari

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.