in

Ajaran Tak Menjadi! Tangan Pelajar Lecur Teruk Selepas Guru Ilmu Kebal Suruh Basuh Dengan Asid

2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ilmu yang diamalkan dengan bantuan jin atau makhluk halus selalunya dikaitkan dengan ilmu hitam dan sihir. Mungkin ramai yang merasakan bahawa ilmu-ilmu sebegini sudah tidak wujud lagi dalam dunia hari ni. Namun, sangkaan itu meleset sama sekali kerana ternyata masih terdapat segelintir manusia yang percaya dengan ajaran mengarut seperti itu.


Ini terbukti apabila terdapat sebilangan masyarakat di Indonesia yang mendakwa mengamalkan Debus, sejenis ilmu hitam tradisional yang dipercayai dapat memberikan kekebalan dengan bantuan jin kepada pengamalnya, lapor Coconuts Jakarta.

Debus dikatakan boleh menyelamatkan pengamalnya daripada sebarang kecederaan fizikal. Oleh sebab itu, masih ramai yang kononnya mengamalkan ajaran berkenaan dan ramai juga yang mahu belajar menguasai ilmu tersebut.

Inilah yang berlaku kepada tujuh orang lelaki dari Tangerang, Indonesia yang mahu menguasai ilmu tersebut dan cuba untuk mempelajarinya daripada seorang guru di Kampung Rawa Kopi.

Mahu melihat sejauh mana penguasaan anak-anak muridnya terhadap ilmu itu, guru tersebut dikatakan telah mengarah mereka membasuh tangan dengan asid! Kononnya, ia bertujuan untuk menguji kebolehan mereka menggunakan ilmu Debus.

Tidak menyedari bahawa ajaran ilmu kebal yang dipelajari itu mengarut, tangan kesemua lelaki tersebut melecur teruk sebaik sahaja mereka menjirus asid ke tangan! Yela, asid kottttt!

Disebabkan itu, tujuh orang lelaki tersebut telah dimasukkan ke hospital kerana melecur dan memerlukan bantuan perubatan profesional dengan kadar segera bagi merawat luka yang mereka alami. Bukan sahaja tidak berjaya menjadi seorang yang kebal, dapat kecederaan teruk pula tak pasal-pasal.

“Daripada tujuh orang lelaki tersebut, dua orang pelajar sudah dilepaskan dari hospital,” kata Harry Kurniawan, Ketua Polis Tangerang.

Guru yang mengajar mereka ilmu kebal itu pula dikatakan sudah hilang dan melarikan diri daripada kampung selepas insiden tersebut berlaku. Tau pulak takut!

Janganlah kita terikut dengan amalan-amalan mengarut yang boleh memesongkan akidah kerana sebarang ilmu yang tidak berlandaskan ajaran Islam boleh membawa kepada syirik.

Baca: Kubur Gadis 16 Tahun Digali Semula Didakwa Atas Tujuan Ilmu Hitam

Sace

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.