in

Ajaran Sesat Sasar Pelajar UniSZA, Pengaruh Makan Daging dan Darah Untuk Jamin Masuk Syurga

Page21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesuatu amalan yang terpesong daripada ajaran agama sebenar dipanggil ajaran sesat. Tidak kiralah ajaran Islam mahupun Kristian, banyak kita dengar berkenaan ajaran yang bertopengkan nama agama dalam kalangan masyarakat kita. Baru-baru ini, kecoh kisah sejenis ajaran sesat yang cuba untuk melebarkan sayapnya ke dalam sebuah universiti tempatan.


Menurut Astro Awani, individu akan dipujuk untuk melakukan upacara memakan daging dan minum darah sebagai syarat untuk menganut ajaran sesat tersebut. Kumpulan ajaran sesat yang menggelar diri mereka sebagai ‘Mother of God’ itu dikatakan memberi jaminan bahawa penganutnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Eh boleh pulak macam tu! 

Uni2
sumber: berita harian

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi memaklumkan bahawa kumpulan ajaran sesat yang cuba untuk menyebarkan ajaran ‘World Mission Society Church Of God’ berkenaan telah berjaya dikesan selepas seorang pelajar membuat pendedahan mengenai kegiatan mereka di laman Facebook sebelum melaporkan ia kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti berkenaan, lapor Berita Harian.

Uni3
sumber: facebook

Hasil siasatan mendapati bahawa dua orang wakil Church of God berusia 20-an telah menemui beberapa orang pelajar tahun akhir di perpustakaan dan medan selera kampus universiti tersebut dan memperdaya pelajar bukan Islam kononnya mahu menemu bual mereka bagi projek kajian tahun akhir.

“Kita berjaya menggagalkan kegiatan jahat pihak tidak bertanggungjawab itu. Kumpulan ini tidak menyasarkan penuntut Islam, sebaliknya cuba mempengaruhi penuntut Kristian melalui temu bual yang dijalankan di dalam kampus.”

Uni5
sumber: facebook

Pun begitu, Zubaidi memberitahu bahawa ajaran sesat tersebut berjaya dipatahkan oleh pihak UniSZA dengan kerjasama pihak pengurusan universiti, pelajar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Difahamkan, terdapat 568 pelajar bukan Islam di UniSZA pada ketika ini dengan jumlah pelajar India seramai 381 orang, 161 pelajar Cina dan 26 pelajar antarabangsa.

“Kita cuba pastikan ianya tidak berlarutan sehingga menyebarkan silap faham dan juga kecelaruan dalam kalangan anggota masyarakat yang lain.”

Uni4
sumber: facebook

Sebagai tindakan susulan, pihak pengurusan UniSZA kini mengambil langkah untuk mengetatkan kawalan pintu masuk ke universiti terutamanya membabitkan individu mencurigakan sebagai usaha untuk menangani kes ini.

Jangan mudah terpedaya dengan individu mencurigakan yang cuba mendekati kita. Sentiasa berhati-hati walaupun individu tersebut kelihatan seperti tidak berbahaya. 

Baca: ‘Habib’ Mengaku Keturunan Cucu Nabi Ditangkap Orang Ramai Kerana Merogol

Dqdwdwd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.