in

“Air mata terakhir buat #lofattah” – Neelofa Dimalukan Peminat Yang Masih Tak ‘Move On’

Fattah Lofa Berakhir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kecoh terbongkarnya berita pertunangan mengejut Fattah Amin dan Nur Fazura beberapa hari lalu, semalam sah sudah kedua-duanya menjadi suami isteri bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur jam 9.50 malam.


Di kala semua teka-teki kini sudah terjawab, rasanya tidak sah jikalau ada yang tidak menyebut mengenai Neelofa, bekas kekasih Fattah Amin. Hubungan mereka pernah menjadi satu fenomena tidak lama dulu dengan munculnya hashtag #lofattah yang mendapat restu peminat.

Image 7
sumber: sinar harian

Semalam, beberapa jam sebelum pernikahan Fattah dan Fazura berlangsung, Neelofa telah memuat naik sebuah video di Instagram yang menimbulkan tanda tanya peminat.

Neelofaaaa
sumber: instagram

Video dengan kapsyen, “Just looking at you makes me happy” telah mendapat pelbagai komen yang seterusnya membuat peminat di Instagram pelakon dan usahawan tersebut berspekulasi ia ditujukan kepada Fattah Amin. Ada kena mengena ke Fattah dengan KLCC? 

2 3
sumber: instagram

Berikutan komen tersebut ramai yang menganggap pengikut Neelofa khasnya peminat #lofattah masih tidak move on. Ia juga sekaligus memberi gambaran buruk kepada Neelofa yang kononnya masih terhegeh-hegeh akan pelakon tersebut yang sudah pun mendirikan rumah tangga.

1 3
sumber: instagram

Namun ada berpendapat, posting yang dimuat naik Neelofa sebenarnya tidak membawa apa-apa makna dan peminat yang memandai membuat andaian yang bermacam-macam. Aduhai tak pasal-pasal pula Neelofa yang kena! 

Dalam isu ini, diharapkan Neelofa bertabahlah melayan kerenah peminat. Tidak semua perkara yang dihajati peminat itu harus ditunaikan seorang artis kerana dia juga manusia biasa. Kepada peminat pula, berpada-padalah dalam meminati artis. Soal jodoh, perkahwinan dan hal peribadi sepatutnya peminat tak boleh masuk campur. Biarlah empunya diri yang tentukan.

Susah betul jadi artis ni. Memang perlu ada tahap kesabaran yang tinggi dalam kendali peminat yang bermacam-macam ragam dan hampir memalukan artis tu sendiri. 

Baca: “Macam kahwin terdesak nak berlaki!” – Peminat #Lofattah Kecam Fazura Tidak Bermaruah

Fattzura Kena Kecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.