Ahmad Maslan Tunjuk Kepakaran Memasak, Netizen Tegur Kerana Ridsect di Dapur

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kalau dulu Ahmad Maslan pernah kongsikan resepi masakan ‘nasi goreng campur resepi tanpa GST’, kini Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini kembali lagi dengan resepi baru.

Haa korang mesti tak sabar-sabar nak tahu, kan??

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, Datuk Ahmad Maslan berkongsi resepi ayam goreng terung pipit yang begitu ringkas untuk disediakan.



Sumber: Twitter

Resepi asli: ayam goreng terung pipit. Campur bawang besar, bawang putih, halia, lada, secubit garam, minyak masak. Goreng hingga garing.” 

Sumber: Twitter

Oh gitu… Main campur-campur saja dah siap kan??

Hidangan tersebut telah disediakan di dalam dua pinggan yang dihias kemas buat tatapan netizen dan pengikut laman Twitter Ahmad Maslan sendiri.

Sumber: Twitter

Perkongsian yang tidak bersifat politik itu ternyata mendapat perhatian netizen yang begitu teruja dengan masakan yang disediakan Ahmad Maslan. Pun begitu, masih ada perkara lain yang menarik perhatian netizen selain dari hidangan tersebut.

Sumber: Twitter

Antaranya ialah kedudukan penyembur serangga yang kelihatan berhampiran dengan tempat memasak yang mencetuskan kebimbangan netizen kerana ia boleh membahayakan nyawa. Opss datuk macam mana ni??

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Haa macam-macam pulak korang komen eh!



Walau apapun, diharapkan Ahmad Maslan mengambil komen-komen teguran dari netizen tersebut dengan positif untuk memantapkan resepi masakannya lagi. Kami yakin pasti ada yang sedang mencuba-cuba resepi tersebut di rumah. Kan??

Okay kita tunggu resepi apa pulak lepas ni Ahmad Maslan nak share… Selamat memasak! 

Baca: Tweet Tun Mahathir Sindir MB Pahang Cuit Hati Netizen 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!