Ahli Kumpulan Nasyid, R&B Popular Tahun 90-an Antara Yang Disyaki Aniaya Farid Kamil

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Baru saja selesai kes Farid Kamil ditahan kerana mengasari polis dan terbabit dalam pengambilan dadah, kini seorang lagi artis telah direman atas sebab yang lebih kurang serupa. Semuanya bermula pada 31 Januari lalu apabila Datuk Farid Kamil Zahari, 37, telah membuat laporan polis yang mendakwa tiga artis memasukkan dadah ke dalam minumannya tanpa pengetahuan sehingga mengakibatkannya bertindak ganas.

Sumber: mStar

Susulan daripada laporan tersebut, pelakon KL Gangster, Sofi Jikan dikatakan hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara pada jam 11 malam untuk memberi keterangan berhubung hal tersebut. Tup-tup dia pula ditahan reman selama tiga hari selepas didapati positif dadah jenis ganja. Habislah ‘kasi sengat’ pun dah kena tahan…

Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro, pihak polis kini telah mendedahkan dua individu lagi yang syaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah bersama Sofi Jikan. Lebih mengejutkan, kedua-duanya merupakan artis popular di zaman 90-an! 



Sumber: BH

Kedua-duanya berusia 40-an dan masing-masing pula merupakan ahli kumpulan nasyid dan anggota sebuah kumpulan R&B yang popular. Tambah polis lagi, mereka juga telah dimaklumkan akan diambil keterangan beberapa hari yang lalu. Selain itu, ujian air kencing juga akan dijalankan ke atas kedua-dua artis berkenaan sekiranya perlu.

Sama seperti prosedur yang dilakukan ke atas pelakon Sofi Jikan yang ditahan malam semalam, kita akan lakukan pemeriksaan air kencing.

“Pada masa ini pihak kami masih lagi menunggu kehadiran mereka bagi melengkapkan siasatan.”

— Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

Sumber: BH

Kita tunggu apa perkembangan kes selepas ini. Harap-harap tiadalah lagi artis yang ditahan kerana isu dadah. Haih kecewa peminat! 

Baca: Kronologi Kes Farid Kamil Tampar Anggota Polis dan Positif Dadah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!