in

Ahli Akademik Ditangkap Rakam Video Bawah Skirt Lebih 71 Wanita, Letak Kamera Kecil di Kasut

Pervert 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lelaki miang makin menjadi-jadi dan berani membuat ‘kerja’ di tempat awam, jadi sebagai perempuan kita harus lebih bijak supaya tidak menjadi mangsa mereka.


Menurut Straits Times, seorang lelaki miang berusia 41 tahun telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan di Singapura.

Pervert1
sumber: straits times

Tsai Wei-Feng merupakan seorang ahli akademik dari Taiwan dan baru sahaja kehilangan kerja di National Sun Yat-sen University. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk terbang ke Singapura dan mencari kerja di National University of Singapore (NUS).

Bagaimanapun, belum sempat mendapat kerja, dia sudah ditangkap ketika merakamkan video bawah skirt sekurang-kurangnya 71 wanita menggunakan kamera kecil yang dilekatkan pada kasut kirinya.

Pada 17 Disember 2016, Tsai ditangkap di Takashimaya Shopping Centre di Orchard Road apabila seorang gadis berusia 22 tahun menyedari tingkah laku peliknya sebelum membuat keputusan untuk mengekorinya. Gadis itu menyedari kehadiran Tsai apabila dia terserempak dengannya ketika sedang membeli belah bersama tiga rakannya.

Pervert2
gambar hiasan

Dia menyedari Tsai mengikuti rakannya yang memakai gaun hitam dengan dekat dan meletakkan kaki kirinya menghala ke bawah kain rakannya itu. Mengesyaki sesuatu, gadis itu kemudian memberitahu rakannya dan mereka terus mengekori Tsai dalam kawasan kedai tersebut.

Gadis itu kemudian berdepan dengannya ketika Tsai mahu meninggalkan kedai tersebut dan dia kemudian ditahan dengan pengawal keselamatan. Pihak polis tiba beberapa minit kemudian dan merampas kamera kecil itu yang mempunyai lapan rakaman video.

Pervert3 1
gambar hiasan

Timbalan Pendakwa Raya Jason Chua memberitahu mahkamah bahawa Tsai telah merancang agenda pada hari itu dengan teliti dan melampirkan kamera kecil itu di kasut kirinya sebelum memulakan kegiatannya pada 7 malam. Sebelum ditangkap, dia telah merakamkan video beberapa wanita lain.

Malah, kadang kala dia merakamkan mangsa yang sama beberapa kali, dan dia didapati pernah merakamkan seorang mangsa sebanyak 15 kali. Gila!

Ketika mempertahankan dirinya, peguam yang mewakili Tsai memberitahu bahawa dia menghidap voyeurisme pada tahun 2015, yang juga menyebabkannya kurang kawalan diri.

Tsai didakwa dengan 71 pertuduhan menghina kehormatan dan dikenakan hukuman penjara selama 18 minggu.

Kepada wanita di luar sana, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling!

Baca: Dua Pelajar Ditangkap Ketika Sedang Mengambil Gambar Bawah Kain Wanita di Mid Valley

Lady Catches Schoolboys Trying To Snap Upskirt Photos At Mid Valleys Escalator World Of Buzz 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.