in

Ah Long Bekerjasama Dengan SPRM Kantoikan Polis Yang Paksa Bayar Rasuah RM20,000

Page 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zahirnya, sudah menjadi lumrah bagi setiap syarikat peminjam wang untuk mengejar pemiutang agar hutang mereka dilangsaikan. Namun, berbeza pula dengan kisah kali ini apabila ah long itu sendiri yang dipaksa membayar supaya kegiatan mereka tidak didedahkan.


Menurut FMT, baru-baru ini, seorang peminjam wang berlesen telah mendapatkan bantuan Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) selepas diperas ugut oleh empat anggota polis sejak beberapa bulan lalu.

Sprm
sumber: hakam

Pemberi pinjaman wang itu dikhabarkan telah dipaksa membayar rasuah sebanyak RM20,000 setiap bulan kepada empat anggota polis berlainan pangkat sebagai bayaran perlindungan bulanan agar mereka tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan haram individu tersebut.

Pada mulanya, peminjam wang tersebut bersetuju dengan permintaan itu dan membayar mereka jumlah wang tersebut selama beberapa bulan. Bagaimanapun, dia dikatakan sudah tidak boleh menuruti permintaan anggota polis itu dan membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan dari pihak SPRM.

Ah long itu kemudian membuat laporan dan pihak SPRM bersetuju untuk bekerjasama bagi memasang perangkap untuk mendedahkan kegiatan empat polis tersebut.

Menurut World of Buzz, peminjam wang tersebut sudah membayar RM18,000 kepada seorang inspektor berusia 34 tahun pada 16 Ogos lalu, dan perlu membayar RM2,000 selebihnya pada Isnin berikutnya. Jadi, kedua-dua pihak itu merancang untuk memasang perangkap pada hari tersebut.

Sebaik sahaja wang itu bertukar tangan kepada inspektor berkenaan, dia diserang hendap oleh SPRM yang sudah siap sedia sembunyi di kawasan berdekatan.

A 3
sumber: berita harian

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Sabli berkata,

“Seminggu selepas penahanan inspektor itu, SPRM berjaya menahan seorang lagi polis berpangkat Sarjan berusia 29 tahun ditahan pada 22 Ogos. Seorang Koperal dan Lans Koperal berusia 29 dan 34 tahun turut ditahan pada hari yang sama.”

Tiga pegawai polis tersebut dikatakan berkongsi RM18,000 daripada jumlah RM20,000 tersebut. Kesemua mereka dibawa ke mahkamah Lahad Datu dan direman manakala Inspektor itu pula direman selama 7 hari bermula Isnin.

Bagaimanapun, laporan tidak menyatakan sama ada peminjam wang tidak berlesen itu turut ditahan atau tidak.

Rasanya ini kes pertama ah long minta tolong pihak berkuasa macam SPRM kan? Memang terdesak betul tu…

Baca: Polis Tolak Rasuah RM1,300 Terima Anugerah Integriti Tetapi Kembali ke Pemberi Rasuah Ugut Minta RM10,000

Bg 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.