“Ada yang suruh saya bercerai” – Demi Cinta, Wanita Setia Bersama Suami Meskipun Ditimpa Penyakit Serius

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Perkahwinan mana yang tidak diuji? Sama ada ujian datang daripada segi wang ringgit, kecurangan pasangan dan musibah yang menimpa, hanya pasangan yang tabah dan bersabar menghadapinya saja mampu melayari rumah tangga yang penuh dengan badai ini.

Ia bolehlah disamakan dengan kisah wanita ini dan pasangannya yang masih saling mencintai meskipun telah mendapat pelbagai cacian daripada orang sekeliling.

Pada 8 November lalu, perkongsian Nurr Hidayah Hassan, 29, tular di Facebook selepas dia menceritakan suka duka kehidupannya bersama suami, Hamdan Hashim yang menghidap penyakit kulit yang serius.



Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Menurut Hidayah kepada Harian Metro, semuanya bermula ketika suaminya bekerja di sebuah stor kilang pakaian di Melaka.

“Pada asalnya selepas bekerja di stor kilang pakaian, suami saya sakit mata dan ke klinik untuk dapatkan rawatan. Doktor bagi ubat mata dan pil bagi meredakan sakit di mata suami saya.

“Bagaimanapun, kurang daripada 24 jam mata dan mulut suami bengkak sebelum saya bawa dia ke Hospital Melaka bagi mendapat rawatan,” katanya.

Sumber: Facebook

Namun, sakit suaminya berubah menjadi serius selepas doktor memberikan ubat antibiotik kerana mengesyaki lelaki itu menghidapi cacar air.

“Selepas makan antibiotik dia semakin teruk kerana kulit bertukar seperti melecur dan berdarah.



“Dia (suami) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sebulan. Sedih saya lihat keadaannya ketika itu namun sebagai isteri saya perlu kuat,” katanya yang terpaksa menumpang di rumah nenek di Kampung Morten, Melaka demi menjaga suami yang sakit.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Hati Hidayah bertambah pedih apabila doktor mengesahkan Hamdan menghidapi penyakit Johnson Steven Syndrom. Suaminya sekaligus tidak boleh bekerja dan penglihatannya juga makin bertambah buruk. Aduhai! 

“Mata kanan suami tidak dapat diselamatkan kerana sudah ada selaput yang menghalang dan dia tidak nampak.

“Namun doktor cuba untuk memulihkan mata kiri yang kabur. Kerana tidak dapat melihat, suami hanya akan mendengar radio sepanjang hari dan saya menemaninya serta membantu untuk menguruskan dirinya,” jelasnya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Buat masa ini, Hidayah hanya bekerja secara sambilan dengan menjual barangan online untuk meraih pendapatan seharian. Dia juga tidak merancang untuk menyaman pihak hospital yang dikatakan cuai atas apa yang menimpa suaminya.



Baginya, cukuplah hanya redha dan berharap suaminya akan pulih seperti biasa meskipun ada pihak yang kelihatan kurang senang selepas gambarnya itu tersebar di Facebook baru-baru ini.

“Ada yang suruh saya bercerai dan sebagainya. Saya sayang suami saya dan akan jaga dia sepanjang hayat saya.

“Susah senang saya mahu bersamanya dan akan sedaya upaya mencari jalan untuk dia pulih,” janji Hidayah.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Hidayah yang sudah mendirikan rumah tangga bersama Hamdan sejak tiga tahun lalu berharap agar Tuhan sentiasa memberi kekuatan buatnya dan suami untuk meneruskan kehidupan ini. Semoga pasangan ini terus tabah! 

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, anda bolehlah salurkan ia ke akaun Maybank Hamdan Bin Hashim: 1040 6829 6200. Semoga suami Hidayah pulih seperti sediakala dengan izin Tuhan. 

Baca: “Saya tak ada kekayaaan tapi ada isteri yang sangat sayangkan saya” – Perkongsian Menyentuh Hati

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!