in

“Ada tahi kat gigi air!” – Wanita Kesal Kebersihan di Gambang Waterpark Tidak Dijaga

Tahi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Taman Tema Air sentiasa menjadi kunjungan orang ramai, lebih-lebih lagi ketika cuti sekolah. Rata-rata ibu bapa pasti akan membawa anak-anak mereka bercuti dan taman tema air pasti disenaraikan sebagai salah satu tempat percutian. Jarang sekali kita dengari masalah yang berkaitan dengan taman tema air ini, kerana kebanyakan pengurus menjaga tempat mereka kerana kawasan tersebut sering dikunjungi ramai.


Tetapi lain pula kisahnya, apabila tular di media sosial, di mana seorang wanita telah meluahkan rasa kesal dan kecewannya dengan keadaan di Gambang Waterpark baru-baru ini.

Tahi 3
sumber: gambang waterpark

Sorry posting agak kotor. Tapi selaku ibu, Hanan regret gila bazir masa, bazir duit mai Gambang Waterpark”

Menurut Hanan di Facebooknya, dia pada mulanya agak kesal kerana keadaan air di kawasan tersebut agak keruh. Tetapi memandangkan kawasan itu dikunjungi ramai orang, dia masih dapat pertimbangkannya. Tetapi dia sememangnya tidak boleh terima apabila dia terjumpa tahi di bahagian gigi air yang ada di situ. EUWWWW GELINYAA!

“Daripada seketul, kena hempas dengan ombak sampai berkecai tak ada petugas datang cuci pun!”

Tahi 2
sumber: facebook

Selepas ternampak sahaja najis tersebut, Hanan lantas mengambil anak-anaknya keluar dari kawasan itu. Dia terus membawa anak-anaknya mandi, walaupun ketika itu mereka sedang leka dan seronok bermain air.

“Tak kira lah dorang excited nak main lagi ke apa ke, kotor tetap kotor”

Hanan turut berkata bahawa dia perasan ada juga ibu bapa lain yang perasan akan ‘kehadiran’ najis tersebut, tetapi masing-masing tidak mengambil endah dan terus bermain dengan anak-anak mereka. Hanan menambah, ini adalah kali pertama dia ke taman tema air dan sangat kesal kejadian seperti ini boleh berlaku.

 

Tahi
sumber: facebook

Hanan turut membuat report pada customer service, tetapi pengurus di sana tidak mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius dan hanya akan usulkan kes ini kepada pihak yang sepatutnya. WHATTTT? Dalam perkongsiannya lagi, Hanan tidak menyarankan orang ramai ke sana, memandangkan harga untuk ke sana agak mahal dan tidak berbaloi.

Entrance ok la RM30 seorang sebab beli voucher kat fave, nak rehat kena sewa pondok, RM50. Sangat lah tak berbaloi”

Hanan juga berpesan agar ibu bapa dapat mengelakkan membawa anak-anak untuk datang ke kawasan seperti ini kerana ia boleh mengundang pelbagai penyakit.

Bahaya juga ni.. Harap pihak pengurus bagi mana-mana taman tema air dapatlah jaga kebersihan di kawasan anda ya.. 

Baca: Wanita Terkejut Selepas Dapati Najis Anak Berdarah, Rupa-rupanya Disebabkan…

G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.