in

“Ada pada satu masa saya rasa kehilangan harapan untuk teruskan cita-cita saya…”

Doktor 1 E1508656188676

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ini, bukan mudah untuk mendapatkan biasiswa tetap bagi pelajar, tidak kira kerajaan atau swasta. Pasti ada syarat tertentu yang patut dipenuhi bagi mendapatkan biasiswa tersebut. Baru-baru ini, tular satu kisah di mana seorang pelajar berbangsa India berusaha untuk mendapatkan biasiswa bagi meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.


Menurut The Star, P. Purshothaman yang menetap di Petaling Jaya itu berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan biasiswa bagi menampung kos pembelajarannya dalam bidang perubatan.

“Saya tak tahu bila temuduga itu akan habis. Saya tak mahu ambil apa-apa risiko”

Pernah suatu ketika, dia sanggup membeli tiket sehala dari rumahnya ke Seremban untuk menghadiri temuduga biasiswa. Dia tidak pasti jam berapa temuduga tersebut akan tamat, jadi dia terpaksa membeli tiket sehala sahaja.

Doktor E1508656080381
sumber: the star

Purshothaman yang berusia 19 tahun itu berasal dari keluarga yang susah. Bapanya sudah tiada sejak empat tahun yang lepas, manakala ibunya pula hanyalah seorang pengawal keselamatan. Jika hanya ingin bergantung pada gaji ibunya, sudah pasti tidak cukup. Kesiannyaa!

Sebelum ini, rumahnya pernah dimasuki seekor ular memandangkan halaman rumahnya yang dipenuhi dengan rumput panjang. Menurutnya, untuk mengeluarkan ular tersebut, ia mengambil masa berjam-jam, dan pada jam 6pagi dia masih perlu pergi ke sekolah.

“Saya dah pergi bermacam tempat untuk memohon biasiswa. Pernah suatu hari, saya dah hilang harapan untuk teruskan cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor”, kata anak pertama dari tiga adik beradik itu.

Gamabr Hiasan E1508657124741
gambar hiasan

Memandangkan dia datang dari keluarga yang susah, dia tidak mempunyai kenderaan untuk pergi ke mana-mana. Ini menyukarkan lagi keadaannya.

Suatu hari, bekas kaunselor sekolahnya ada memaklumkan bahawa Quest International University Perak (QIUP) membuka tawaran biasiswa dalam perubatan. Purshothaman mengambil kesempatan ini, dengan membawa keputusan CGPAnya iaitu 4.00 ketika dia belajar di Kolej Matrik Melaka. Full mark! Hebat!

Salute

Akhirnya, apa yang diimpikan selama ini tercapai. Dia berjaya mendapat biasiswa tersebut dan sekarang dia sedang sambung belajar dalam program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan. Tahniah!

“Saya nak tolong keluarga dan masyarakat”

“Ramai yang bantu saya ketika saya susah, tidak kira sama ada kami kenal atau tidak”

“Sebagai tanda terima kasih, saya akan balas jasa mereka sebaik boleh”

Tahniah Purshothaman! Harap ini dapat jadi inspirasi untuk pelajar di luar sana agar tidak mudah berputus asa ya! 🙂

Baca: Majikan Baik Hati Bantu Biaya Pengajian Diploma Pembantu Rumah Hingga Selesai Pembelajaran

Baik HatiBaik Hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.