in

“Ada orang hantar mesej minta gambar alat sulit saya” – Aedy Ashraf Tak Peduli Permintaan Gila Peminat

Aedy Featured

Susah juga kalau jadi pelakon kacak dan bertubuh sasa ini. Kadang kala peminat yang tergila-gilakan mereka mahukan bermacam-macam permintaan yang tidak masuk akal sehingga memeningkan kepala. Kesianlah sikit dekat artis kegemaran korang tu! 

Pelakon lelaki yang kian meningkat naik dalam drama rantaian Dendam Aurora, Aedy Ashraf mendedahkan bahawa ada peminat yang berani meminta foto kemaluannya di media sosial, lapor mStar.

Aedy 2
sumber: instagram

Terkejut dengan peminat yang tidak dikenalinya itu, Aedy atau nama sebenar Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, 24, tidak melayan permintaan tidak masuk akal tersebut.

“Ada orang yang saya tidak kenali berani menghantar mesej peribadi di Instagram meminta gambar alat sulit saya. 

“Gila ke apa, permintaan melampau macam tu memang saya tak layan,” katanya.

Kan, kan! Entah apa-apa peminat macam ni! 

Aedy 3
sumber: instagram

Malah Aedy juga menjelaskan bahawa tujuannya memuat naik gambar dirinya tidak berpakaian di Instagram bukanlah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk. Namun dia hanya ingin memberi inspirasi kepada remaja lain berusaha mendapatkan tubuh idaman mereka.

“Bukan senang nak buat badan macam ini, memerlukan usaha dan semangat yang berterusan.

“Setiap apa yang kita lakukan mesti mahu lihat hasilnya, jadi apa yang dipaparkan di laman sosial adalah diri saya yang sebenar,” jelas Aedy lagi.

Aedy Hot 1
sumber: instagram
Aedy Hot 2
sumber: instagram

Dalam pada itu, Aedy juga memberitahu imejnya berambut panjang adalah kerana dia ingin ‘lari’ daripada watak kanak-kanak yang sudah terlalu sinonim dengan dirinya. Sehingga kini, masih ada penonton yang terbawa-bawa dengan karekternya yang dahulu.

“Kalau boleh saya mahu watak yang lebih dewasa dan apabila berambut panjang begini boleh buat saya nampak lebih matang,” ujar Aedy.

Aedy 1
sumber: instagram

Nampaknya Aedy kenalah hati-hati dengan peminat yang suka minta gambar bukan-bukan ni. Dengan gambar macam-macam orang boleh buat tau! 

Baca: “Tak perlu buat babak macam ni” – Netizen Kecam Adegan Cium Fattah Amin, Janna Nick

Cumbu