Ada Hantu! Wanita Buat Kejutan ‘Ubah’ Anak Jadi Annabelle di Teluk Cempedak

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Diundi sebagai filem paling seram pada tahun 2017, ada di antara penonton yang pernah histeria sampai menumbuk diri sendiri selepas menonton cerita seram ini. Sebut sahaja filem Annabelle, pasti ada yang tak lena nak tidur malam memikirkannya.

Terdahulu, kisah seorang budak lelaki yang dipaksa ibunya untuk memakai baju Annabelle mencuit hati ramai netizen kerana penampilan menakutkan tetapi kelihatan amat comel. Terkini, muncul seorang lagi kanak-kanak yang berpenampilan seperti Annabelle di khalayak ramai, lapor Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

Kelibat watak anak patung Annabelle di Teluk Cempedak berkenaan menarik perhatian pengunjung pantai peranginan tersebut yang pada awalnya terkejut dengan kemunculan kanak-kanak tersebut lengkap berpakaian serba putih.



Nurdiana Syafiqah Mohd Roslan, kanak-kanak 9 tahun yang memakai kostum menyeramkan itu dikatakan telah mendapat sentuhan kreatif daripada ibunya, Norulhuda Md Daud yang berhasrat ingin memulakan satu perniagaan sewaan kostum bersama suami.

Sumber: Sinar Harian

Norulhuda memaklumkan bahawa dia menggunakan ilmu asas solekan yang dimiliki sambil merujuk kepada poster filem Annabelle untuk merealisasikan watak seram tersebut. Dia juga terkejut dengan penampilan anak pemalunya yang tidak kekok langsung sewaktu membawakan watak tersebut.

“Sebenarnya saya sendiri terkejut sebab Baby (nama panggilan Nurdiana) seorang yang  agak pemalu tetapi berubah penampilan dan tidak kekok langsung muncul dengan watak Annabelle di sana,” kata Norulhuda.

Sumber: Sinar Harian

Norulhuda juga tidak menyangka mereka akan mendapat reaksi positif orang ramai kerana maklum balas yang diterima daripada pengunjung tidak seperti yang difikirkan sebelum ini.

“Mereka sangat positif dan teruja apabila melihat watak yang dibawa Baby dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama.”



“Mungkin watak ini jarang dilihat sekaligus jadi tarikan malah Baby sendiri rasa gembira apabila diundang Persatuan Cosplay Kuantan untuk turut sama dengan mereka bermula Khamis hingga Ahad ini,” kata Norulhuda lagi.

Sumber: Sinar Harian

Wanita berusia 33 tahun itu memaklumkan bahawa Baby sebenarnya penghidap penyakit asma kronik dan keadaan tersebut membataskan pergerakan kanak-kanak tersebut. Dengan adanya aktiviti berkenaan, Norulhuda gembira kerana anaknya menunjukkan perubahan positif dalam melawan penyakit  tersebut.

Waaah baguslah kalau macam tu! Semoga Baby cepat sembuh dan ibunya berjaya buka perniagaan sewaan kostum tak lama lagi. Terkejut jugak ni kalau terserempak malam-malam.

Baca: Budak Lelaki Dipaksa Oleh Ibu Untuk Pakai Baju Annabelle Cuit Hati Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.