in

Abang Pos Malaysia Selamba Minta Nak Bukak Surat Orang. Rupa-rupanya….

J 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini pelbagai cara sanggup dilakukan bagi mendapatkan duit termasuklah dengan cara menipu orang lain. Menurut mStar, baru-baru ini seorang wanita hampir menjadi mangsa kepada penipuan apabila menerima panggilan daripada pekerja Pos Malaysia yang dengan selamba meminta untuk membuka suratnya.


Azian (bukan nama sebenar), 30, yang bekerja sebagai jurugambar di agensi berita tempatan memberitahu telah menerima panggilan daripada seorang pekerja Pos Malaysia ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

1 1
sumber: mstar

Pekerja Pos Malaysia itu telah memberitahu bahawa terdapat tiga keping surat tertera nama dan alamatnya yang tidak dituntut. Kemudian, dia telah meminta untuk membuka surat tersebut dengan alasan dikhuatiri mengandungi perkara penting. Amboi!

Ibu kepada seorang anak itu berkata, pekerja berkenaan memberitahunya bahawa salah satu surat tersebut adalah daripada sebuah bank tempatan yang memaklumkan terdapat tunggakan kad kredit berjumlah RM4,765.

Pekerja tersebut telah memberitahunya bahawa permohonan kad kredit itu telah dibuat di sebuah cawangan bank yang terletak di Melaka Raya pada Ogos 2017.

Saya keliru kerana setahu saya, saya tidak pernah membuat permohonan kad kredit daripada mana-mana bank.”

Surat3 1
gambar hiasan

 

Jelas Azian, dia hampir percaya kepada penipuan itu kerana pekerja terbabit mengetahui butiran peribadinya termasuk nombor kad pengenalan. Bukan itu sahaja, dia juga telah disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk bercakap dengan seorang anggota polis berpangkat sarjan iaitu Sarjan Shahemy Abd Bakar. Fuhhhh…

Walau bagaimanapun, Azian mengambil keputusan untuk memutuskan panggilan tersebut kerana sedang bergegas untuk ke tempat kerja. Selepas itu, dia bertindak melaporkan kepada pihak polis tentang hal tersebut di atas nasihat rakan sekerjanya.

Azian memberitahu bahawa dia bersyukur kerana ketika itu dia sedang sibuk untuk ke tempat kerja dan bertindak menamatkan panggilan tersebut sebelum sempat berbuat apa-apa. Nasib baik!

Difahamkan Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan orang ramai bahawa mereka tidak pernah memberi sebarang kebenaran atau mengarahkan tindakan tersebut untuk dilaksanakan.

Surat2
sumber: pos malaysia

Hati-hati ye semua… Jangan terus percaya dengan panggilan telefon begini. 

Baca: Wanita Dedah Taktik Baru peniaga Online FB Hantar Barang COD, Paksa Penerima Bayar

Surat1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.