“Abah ada betina lain. Dia orang Indon dan jahat main sihir…”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Keretakan rumah tangga semestinya memberi impak mendalam kepada anak-anak. Sama ada anak-anak itu sudah besar, tambahan lagi yang masih kecil, ia seakan-akan titik hitam di dalam hidup yang sentiasa kekal di ingatan dan tidak dapat dilupakan selama-lamanya.

Perkongsian di Twitter ini tular menceritakan sebuah kisah menyentuh hati dimuat naik mengenai seorang gadis yang diduga dengan masalah keluarga dan kecurangan bapanya yang begitu menyakitkan hati.

Sumber: Twitter

Berikut apa yang dikongsinya:



“Kisah ini fresh lagi dan tak selesai sampai sekarang. My dad ada betina lain. Maaf kasar sebab I memang benci gila dekat betina ni.

“Dia orang Indon dan dia jahat main sihir. Bermula tahun lepas, I nampak abang dan adik perempuan selalu update ayat sedih-sedih tentang keluarga.

“Pernah sekali adik I maki hamun orang dalam Twitter sebab dengki semua. I tanya kenapa, dia tipu kata dia tengok sinetron, I bodoh pergi percaya.”

Gambar hiasan

Pada awalnya, dia tidak tahu akan masalah keluarganya kerana tinggal jauh daripada keluarga dan menuntut di Terengganu. Manakala keluarganya pula tinggal di Selangor.

Pun begitu, setelah selesai semester empat, dia telah dipanggil ke rumah Acik (saudara) di Jerteh, Terengganu.



“Bila sampai rumah Acik, I terkejut gila ibu dan adik-adik ada dekat situ. Ibu kata ibu terpaksa jauh dengan abah sebab rumah I macam panas. Ibu tak boleh dekat dengan abah.

“Teka apa, paling terkejut I tengok ibu I macam mayat hidup. Terlalu pucat dan kurus.”

Apabila dibawa berubat, rupa-rupanya dia mendapat tahu bahawa wanita Indonesia tersebut sedang cuba menyihirkan ibunya dan mahu ibunya mati. Ibu gadis itu juga langsung tiada selera makan dan asyik terfikirkan tentang bapanya saja. Manakala bapanya pula masih tergila-gilakan wanita Indonesia berkenaan! Parah ni! 

Lebih menyakitkan hati, duit bapanya banyak dihabiskan buat wanita itu. Malah mereka adik beradik pula terpaksa makan berjimat-jimat dan ketika ibunya sakit, si bapa langsung tidak mahu ambil kisah.

“Kita orang macam dianaktirikan. Sedih sangat. I jauh, selalu stress, selalu menangis bila tengok dia orang bergaduh.” 



Gambar hiasan

“Ada sehari itu ibu masuk hospital sebab gaduh dengan abah. Ibu punya mulut herot dan tak boleh bercakap. Adik lelaki kata ibu kena tampar dengan abah.

I dapat tahu, meraung dekat rumah sewa. Nak balik? Tak ada duit.”

Namun ketika menyambut Hari Raya Aidilfitiri baru-baru ini, mereka sepakat memaafkan bapa mereka. Namun bapa mereka, tetap sama dan tak berubah dengan perangai lamanya. Haih…

“Ada sekali tu cuti mid semester, ibu dan abah gaduh lagi. Tengah tidur, tiba-tiba dengar ibu menjerit. I terus bangun terpisat-pisat pergi dekat ibu. Ibu menangis teruk dan mulut herot buat kali ketiga!

“Bila mulut dia herot maknanya urat sarafnya lari. Abah terpaksa urut muka dia untuk baikkan semula dan benda itu tersangatlah sakit.” 

Namun secara tiba-tiba ibunya emosi dan menangis. Bapanya yang tidak tahan, terus naik angin menyuruh ibunya diam. Ibu gadis tersebut tiba-tiba ketawa dan berkata,

“Kau sukakan tengok aku macam ni, kau dah tak sayang dekat aku. Kau suka tengok aku gila kan. Haa tengok puas-puas!”

Keadaan menjadi genting apabila kedua-dua ibu dan bapanya naik angin. Bapanya kemudian menghentak kepala menggunakan powerbank sehingga berkecai.

Kenapa buat kakak macam ni? Kakak belajar bersungguh-sungguh untuk nak banggakan ibu dan abah. Tapi korang stresskan kakak. Sekali-sekala kakak balik, kakak nak kebahagiaan.” 

Ibu dan bapanya terdiam mendengar luahan hati gadis tersebut. Namun, kini semuanya perlahan-lahan sedang berubah. Ibunya makin bertambah kuat dan dia juga sudah lali mendengar keluhan ibunya mengenai bapa dan wanita Indonesia tersebut.

Wanita Indonesia itu dikatakan lari kerana takut ibunya membuat laporan mengenai apa yang berlaku. Bagaimanapun, sehingga kini dia masih tak serik-serik mengganggu bapa gadis itu.

I pun tak kisah kalau parents I bercerai asalkan ibu I tak sakit, tak menangis semua. I rela hilang kebahagiaan berkeluarga daripada tengok ibu terseksa hari-hari menangis. 

“Mohon doakan kebahagiaan keluarga I ye dan doakan I kuat.” 

Semoga ibu bapa dan anak-anak di luar sana mengambil iktibar daripada kisah ini. Jangan musnahkan kebahagiaan hanya kerana nafsu sementara. 

Baca: Lelaki Luah Rasa Sedih Isteri Disihir Bapa Sendiri, Niat Nak ‘Kasi Mati’ Semasa Bersalin

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!