9 Tree House di Malaysia Ini Akan Beri Anda Pengalaman Percutian yang Unik!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bagi mereka yang tinggal di bandar, acap kali anda terfikir mahu larikan diri seketika dan bercuti menenangkan fikiran kan? Terlalu letih dengan kerja dan bosan dengan kesibukan kota membuatkan anda mahukan privasi untuk diri sendiri atau bersama rakan-rakan dan keluarga?

Apa kata kali ini anda tenangkan diri bersama alam semula jadi. Lebih unik lagi, menginap di tree house! Ini kami kongsikan 9 treehouse di Malaysia yang pasti akan memberikan anda pengalaman unik!

 

1. Japamala Resort



Sumber: Make My Trip

Anda suka pantai tetapi pada masa yang sama anda juga pencinta alam semula jadi? Inilah tempat yang sesuai untuk anda. Terletak di Pulau Tioman, resort ini dibina sepanjang gunung dan terletak dekat dengan pantai. Jadi, bayangkanlah keseronokan yang anda rasai ketika menginap di tree house yang dikelilingi pokok sambil menikmati pemandangan laut. Lebih syok lagi,anda boleh menginap di chalet yang mempunyai kolam renang peribadi. Syoknya!

Info: Laman web

Lokasi: Kampung Lanting, 26800, Pahang

Sumber: Symbiosis Travel
Sumber: Japamala Resort
Sumber: Hotel Net

 

2. Fox Hill Tree Top

Sumber: Facebook

Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota dan mementingkan privasi. Anda akan berasa seperti berada di dunia anda sendiri dengan pemandangan dan suasana yang nyaman dikelilingi kehijauan. Walaupun di dalam hutan, pelbagai kemudahan boleh didapatkan di sini.



Info: Laman web | Facebook

Lokasi: Lot PT 91, Kg Telok, Mk Ulu Melaka, 07000 Langkawi

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Trip Advisor

 

3. Rainforest Tree House

Sumber: Johor Now

Rainforest Tree House adalah tempat percutian relaks mempunyai enam tree house yang rustic terletak di hutan Gunung Pulai, Johor. Lebih seronok, sumber bekalan air di sini adalah dari gunung itu sendiri, bayangkan kesejukan dan kesegaran anda dapat! Uniknya di sini, mereka ada hammock yang besar tergantung di celahan pokok-pokok.

Info: Facebook



Lokasi: Gunung Pulai, Taman Gunung Pulai, 81000 Kulai, Johor

Sumber: Airbnb
Sumber: Airbnb
Sumber: Blog | Rapunzel

 

4. The Roots Eco Resort

Sumber: Trip Advisor

Meskipun Ipoh merupakan salah satu destinasi paling popular dilawati, tetapi mungkin masih ramai tidak tahu tentang kewujudan The Roots Eco Resort ini. Tree house di sini kelihatan seperti rumah orang asli yang biasa dilihat. Selain kolam renang, The Roots turut menyediakan kemudahan seperti penghawa dingin, pemanas air, kipas dan jakuzzi di dalam chalet. Bestnya!

Info: Laman web | Facebook

Lokasi: Jalan Chemor 10 1/2, Tanjung Rambutan, 31250 Ipoh, Perak

Sumber: Blog | Fui Fui
Sumber: Blog | Fui Fui
Sumber: Agoda

 

5. Tungog Rainforest Eco Camp

The Tungog Rainforest Eco Camp ini simple dan sesuai bagi mereka yang benar-benar cintakan alam semula jadi. Anda akan nikmati pemandangan dan kecantikan sebenar hutan hujan Borneo dari platform pemerhatian hutan itu yang terletak di antara pokok-pokok. Tiada gajet? Tiada masalah.

Info: Laman web

Lokasi: Pin-Supu Forest Reserve Mukim Batu Puteh, 90200 Kota Kinabatangan, Sabah

Sumber: Trip Advisor
Sumber: mescot.org
Sumber: The Smart Local

 

6. Green Acres

Sumber: Green Acres Penang

Jika anda peminat tegar durian, anda perlu rasai pengalaman tinggal di tree house di sini. Green Acres adalah ladang organik sebesar 16 ekar yang mengekalkan lebih 500 pokok buah-buahan terutamanya durian dan tumbuh-tumbuhan rempah. Mereka turut menawarkan lawatan kebun yang membolehkan anda untuk menuai jus dan jem buah-buahan dari kebun itu.

Info: Laman web | Facebook

Lokasi: Batu Itam, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Sumber: Timeout
Sumber: Facebook
Sumber: Green Acres Penang

 

 

9. Permai Rainforest Retreat

Sumber: Agoda

Jika anda merancang untuk bercuti di Sarawak, di sana terdapat resort tersembunyi berdekatan Pantai Damai, terletak di Kuching. Selain aktiviti waktu malam, anda juga  boleh melihat ikan lumba lumba Irawadi dan kelip-kelip. Mereka juga ada kayak, snorkeling dan beberapa aktiviti lain. Paling best sekali, walaupun anda sewa tree house di dalam hutan, anda masih tetap boleh nikmati pemandangan laut!

Info: Laman web

Lokasi: Pantai Damai Santubong, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak

Sumber: Permai Rainforest

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!