in

9 Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir

Hrtr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banjir yang melanda Pulau Pinang kini telah menyebabkan hampir keseluruhan bandaraya negeri itu lumpuh daripada menjalankan apa-apa aktiviti. Belum lagi termasuk kerugian yang perlu ditanggung mangsa seperti kos membaiki rumah dan kerosakan kenderaan yang bakal mencecah ribuan ringgit.


71509852769 Banjirpenang
sumber: astro awani

Berikut kami senaraikan tips dan langkah menyelamatkan kenderaan kesayangan anda daripada rosak akibat bencana banjir. Perkongsian ini kami peroleh daripada laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS.

 

Sebelum tenggelam

1. Jika kenderaan anda tidak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum ditenggelami air, anda bolehlah menyumbat lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Sebagai contoh, menutupnya menggunakan plastik.

23131988 507764849597353 4437756658815741798 N
sumber: facebook

2. Cabut terminal bateri kereta kerana anda tidak tahu berapa lama kenderaan tersebut akan dibiarkan tanpa dihidupkan sementara menunggu banjir surut.

3. Selamatkan barang-barang penting terutamanya yang mudah rosak akibat terkena air. Kalau boleh, selamatkan semua barang yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa tetapi air yang datang bersama lumpur.

 

Ketika tenggelam

4. Jangan hidupkan enjin kenderaan yang sedang ditenggelami banjir terutama sekali apabila air banjir sudah menutupi ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Elakkan juga dari memandu meredah banjir. Ingat tu! 

Air Raduk

 

Selepas surut banjir

5. Selepas banjir surut, jangan terburu-buru hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar, JANGAN HIDUPKAN ENJIN! 

23244489 855848147926230 1097213698117585548 N
sumber: facebook

6. Hubungi lori tunda untuk menunda kereta ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission kemungkinan rosak. Boleh jadi rosak teruk atau sedikit. Walau bagaimanapun, enjin tidak perlu overhaul, hanya flush minyak enjin beberapa kali. Sekali lagi diingatkan jangan hidupkan enjin ketika banjir. Enjin akan mengalami kerosakan lebih parah!

7. Jika sistem transmisi jenis manual, maka prosesnya lebih kurang sama seperti enjin tadi. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Ikuti nasihat mekanik. Mungkin perlu flush tiga hingga lima kali atau lebih.

23172800 1735532619813192 6747072218760045466 N
sumber: facebook

Namun jikalau sistem transmisi jenis auto, anda mungkin mempunyai masalah besar. Kemungkinan perlu overhaul atau lebih teruk dari itu, ia tidak dapat diselamatkan lagi. Anda mungkin terpaksa tukar gear box baru dan lain-lain. Harap-harap tidaklah sampai macam tu 🙁

8. Sistem elektronik boleh diselamatkan jika bernasib baik. Namun harus menunggu dalam masa yang agak panjang untuk lihat kesannya.

9. Kusyen kereta seperti biasa akan berbau busuk dan kotor akibat lumpur. Anda tiada jalan lain selain mencucinya sendiri atau mengupah orang untuk mencucinya. Kadangkala pihak bengkel ada menawarkan khidmat mencuci kenderaan akibat banjir, namun kosnya agak mahal kerana mereka terpaksa membuka sarung kusyen kereta dan mencuci dengan teliti.

23316516 507765426263962 3182339325296409240 N
sumber: facebook

Selepas siap dicuci, tidak dijamin juga bau lumpur dan kotoran akan hilang dengan serta merta. Tapi lama kelamaan akan beransur baik. Semburlah Febreeze dan letak Ambi Pur banyak-banyak ye!  

Mengenai kos pembaikan kereta, ia adalah subjektif kerana bergantung kepada keadaan enjin sama ada boleh dihidupkan atau tidak. Kos pembaikan akan menjadi tinggi jika komponen enjin banyak yang rosak.

23172393 10214099457311166 4158018233360580784 N
sumber: facebook

Yang paling penting, pilihlah bengkel yang boleh dipercayai dan bukan jenis cekik darah!

Diharapkan mangsa banjir di utara negara termasuklah kawasan di Pulau Pinang, Kedah dan Perak tabah menghadapi musibah ini. Semoga urusan membantu dan menyelamat daripada pelbagai pihak dipermudahkan buat mangsa banjir. 

Baca: Jika Pintu dan Tingkap Rumah Anda Berjeriji Besi, Baca Ini Sebagai Langkah Keselamatan

Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.