in

9 Liquid Matte Lipstik Jenama Lokal Untuk Bibir Yang Menawan

Lipstick 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi wanita yang gemar bersolek, anda pasti sudah biasa dengar akan jenama lipstik antarabangsa daripada Maybelline, Revlon, Bobbi Brown, Rimmel dan MAC. Jenama-jenama ini pasti menjadi pilihan bagi mereka yang ingin memakai alat solek berkualiti, tahan lama dan tidak mendatangkan kesan buruk kepada bibir atau kulit mereka.


Pun begitu, tidak semua berkemampuan untuk mendapatkan lipstik jenama mahal ini. Kalau nak mencuba jenama yang tidak dikenali pula, takut-takut kualitinya tidak seperti yang diharapkan.

Oleh itu, kami senaraikan 9 liquid matte lipstik jenama lokal yang boleh anda cuba untuk bibir yang menawan:

 

1. Hermosa by Belinda 

Hermosa 1
sumber: instagram

Jangan pandang sebelah mata dengan rangkaian kosmetik jenama lokal ini! Hermosa Signature Lipcreme ini bukan sahaja memiliki pilihan warna yang menarik seperti Red Revival, Nude Thrill dan Perfect Nude. Namun lipstik daripada Hermosa ini juga merawat kulit kering pada bibir dengan kolagen dan Vitamin E yang terkandung di dalamnya. Sebatang lipstik hanya bernilai RM39 sahaja!

Instagram: hermosabybelinda

Hermosa 2
sumber: instagram
Hermosa 3
sumber: instagram

 

2. Orkid Cosmetics

Orkid 2
sumber: instagram

Menggelarkan lipstik keluaran mereka sebagai produk kosmetik yang confirm halal dan mendapat kelulusan KKM, matte suede liquid lipstick daripada Orkid ini pernah dinobatkan sebagai lipstik jenama lokal yang terbaik oleh majalah Cleo Malaysia.

Ia juga tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya seperti paraben, wangian, minyak mineral, phthalates, triclosan, sodium lauryl sulfate atau gluten yang boleh memberi kesan buruk kepada penggunanya. Selain memerahkan bibir, liquid matte lipstick ini juga boleh digunakan sebagai tint di pipi anda.

Instagram: orkidcosmetics

Orkid 4
sumber: instagram
Orkid 5
sumber: instagram

 

3. Sorfina Hal

Sorfina 4
sumber: instagram

Salah satu masalah wanita muslimah yang memakai lipstik ialah kesukaran untuk menanggalkannya sehingga bersih ketika hendak solat. Namun bagi anda yang memakai liquid matte lipstick daripada Sorfina Hal, anda tidak perlu risau kerana jenama ini dijamin halal dan berkelulusan daripada JAKIM.

Ia mesra solat dan mengandungi vitamin, mineral serta ekstrak buah dan tumbuhan. Antara pilihan warna yang menarik daripada Sorfina Hal ialah Tiki Taka, Toman Terra dan Yen & Yang.

Instagram: sorfinahal

Sorfina
sumber: instagram
Sorfina 1
sumber: instagram

 

4. Madame Izara

Izara
sumber: instagram

Dengar nama jenamanya pun anda pasti sudah mengagak siapa pemiliknya. Madame Izara daripada aktres Izara Aishah ini bukan calang-calang lipstik tau!. Formula lipstik tersebut dikatakan diperbuat di Jerman dan ianya sangat berkualiti tinggi. Tekstur lipstik Madame Izara yang ringan dan tahan lama sesuai dipakai oleh wanita yang seharian di pejabat. Koleksi lipstik ini terdiri daripada tiga rona warna yang menarik iaitu Harith, Noah dan Luth.

Instagram: madameizara

Izara 1 1
sumber: instagram
Izara 3
sumber: instagram

 

5. Marcella & Co

Marcella 2
sumber: instagram

Menampilkan rona warna seperti seperti Gia, Kalista, Eva, Venom dan Nikita, Marcella & Co diasaskan oleh Sarah Shahdan pada 2016 lalu. Formula lipstik ini telah dicipta di United Kingdom, namun ia dihasilkan 100% di Malaysia. Apa yang membuatkan lipstik dari Marcella & Co ini berbeza daripada lipstik lokal yang lain ialah ia mengandungi bahan seperti argan oil, hip rose oil dan Vitamin E yang merawat kulit bibir anda.

Instagram: marcellaandco

Marcella 1 1
sumber: instagram
Marcella
sumber: instagram

 

6. Zhuco Cosmetics

Zucho 3
sumber: instagram

Bagi mereka yang sukakan lipstik berwarna garang dan menampilkan inner soul anda yang bold, Zucho Cosmetics yang berasal daripada Borneo ini mungkin sesuai buat anda. Sama seperti lipstik jenama tempatan yang lain, Zhuco juga mempunyai kelulusan KKM dan mematuhi standard yang telah ditetapkan FDA. Jadi jangan ragu-ragu nak pakai lipstik yang ini! 

Instagram: zhucocosmetics

Zhuco 2
sumber: instagram
Zhuco
sumber: instagram

 

7. Vibe of Colours 

Vibe 2
sumber: instagram

Sayang kalau ada bibir mungil namun tidak diserlahkan dengan rona warna daripada VIBE Matte Lip Cream. Dengan menawarkan harga serendah RM35 untuk sebatang lipstik, Vibe of Colours sesuai dipakai bagi mereka yang menyukai warna-warna lembut dan nude.

Instagram: vibeofcolours

Vibe 1
sumber: instagram
Vibe 3
sumber: instagram

 

8. Alapnian

Alapnian 3
sumber: instagram

Mungkin anda jarang dengar tentang lipstik jenama lokal yang satu ini. Namun tahukah anda matte lipcream daripada Alapnian ini telah menjadi pilihan pelakon wanita di Malaysia seperti Zila Bakarin, Eyka Farhana dan Wany Hasrita. Rona warnanya yang unik membuatkan ia sering menjadi pilihan wanita yang gemar memakai pemerah bibir.

Instagram: alapnian

Alapnian 2
sumber: instagram
Alapnian 1
sumber: instagram

 

9. Obsess Cosmetics

Obsess 3
sumber: instagram

Melihatkan packaging lipstik yang satu ini, anda pasti akan tertarik hati! Warna-warna yang bertemakan ais krim yang ditampilkan Obsess Cosmetics ini juga kelihatan sangat sweet apabila dikenakan pada bibir pemakainya. Anda juga boleh pakaikan lipmatte daripada jenama ini ke bahagian mata. Hasilnya boleh tahan cantik!

Instagram: obsess.cosmetics

Obsess
sumber: instagram
Obsess 7
sumber: instagram

Cantikkan warna-warna lipstick ni semua? Kalau berminat lawatilah laman Instagram mereka sekarang! 

Baca: Inilah Produk Penjagaan Kulit Lokal Yang Bagis di Malaysia. TANPA MERCURI, TANPA PARABEN! 

D

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.