in

8 Wedding Photographer Area KL Dan Selangor Bawah Harga RM1,500

Z 1

Bakal raja sehari yang akan melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi pastinya sudah membuat segala persiapan untuk meniti ke hari bahagia. Perkhidmatan jurugambar merupakan antara persiapan yang perlu ada di dalam senarai bagi merakamkan saat-saat indah di majlis perkahwinan nanti.

Namun begitu, dengan kepakaran dalam mengambil dan menyunting gambar, bukan mudah untuk bakal pengantin mendapatkan jurugambar yang murah tambah-tambah lagi di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Oleh itu, pada kali ini, kami akan menyenaraikan wedding photographer di kawasan KL dan Selangor bawah harga RM1,500.

 

1. Naim Mustaffa

Naim1
sumber: instagram
Naim2
sumber: instagram

Naim Mustaffa gemar mengambil gambar dan ternyata berbakat di dalam bidang ini. Selain mengambil gambar persekitarannya, dia turut bersedia untuk menjadi jurugambar perkahwinan anda. Pakej termurah Naim bermula pada harga RM600 sahaja! Murahnyaaaaa! ??

Instagram: naim_mustaffa

 

2. ND Wide Photography

Nd 1
sumber: instagram
Kawen2
sumber: instagram

Servis yang diberikan mereka akan memuaskan hati anda lebih-lebih lagi dengan pakej termurah yang berharga RM650 sahaja. Mereka juga kini sedang mengadakan dua promosi hebat pada harga tidak melebihi RM1450 kepada mereka yang book tarikh sebelum bulan Mac tahun ini.

Instagram: ndwidephotography

 

3. Mv4r

Mv4R
sumber: instagram
Mv4R2
sumber: instagram

Boleh travel ke merata tempat, Mv4r tidak mengenakan caj untuk acara sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Muar. Mereka juga pandai menyunting gambar-gambar menjadi lebih menarik untuk dilihat. Bermula pada harga RM700, anda pastinya akan puas hati dengan perkhidmatan mereka.

Instagram: mv4r

 

4. Adlizam Photography

Ap2
sumber: instagram
Ap1
sumber: instagram

Adlizam merupakan guru sepenuh masa dan menjadi jurugambar perkahwinan apabila diperlukan. Melihat gambar-gambar yang telah diambilnya, terbukti memang berbaloi untuk anda memilihnya untuk dijadikan jurugambar untuk hari bahagia anda. Pakej paling murah bermula pada harga RM850.

Instagram: adlizamphotography

 

5. The Sangkhayalan

Khayalan 1
sumber: instagram
Khayalan 2
sumber: instagram

Jika kebiasaannya jurugambar merupakan seorang lelaki, tetapi di The Sangkhayalan jurugambarnya merupakan seorang wanita. Oleh itu, pada bakal pengantin perempuan yang pemalu untuk beraksi depan kamera, boleh menggunakan perkhidmatan mereka yang bermula pada harga RM1,000 sahaja.

Instagram: thesangkhayalan

 

6. Gambo Film

Gf1
sumber: instagram
Gambo
sumber: instagram

Gambo Film menawarkan pelbagai pakej yang boleh dipilih pelanggan mengikut kesesuaian bajet anda. Pakej paling murah mereka hanya RM1,200 sahaja. Walaupun dengan harga yang murah, mereka akan memberikan anda hasil kerja yang profesional dan sangat memuaskan.

Instagram: gambo.film

 

7. Weddings by NZ 

Nz2
sumber: instagram
Nz 2
sumber: instagram

Lengkap dengan laman sesawang sendiri yang memudahkan pelanggan untuk survey harga pakej yang ditawarkan, hasil gambar Wedding by NZ memang memuaskan hati. Selain mengambil gambar perkahwinan, mereka juga bersedia menjadi jurugambar ketika anda sedang berbulan madu. Harga pakej mereka yang paling murah ialah RM1,299.

Instagram: weddingsbynz

 

8. Darimo Photography

Photo
sumber: instagram
7 1
sumber: instagram

Bukan setakat boleh menjadi jurugambar perkahwinan anda, mereka juga sedia berkhidmat untuk menangkap bibit-bibit penting untuk acara lain seperti pertunangan, aqiqah dan bermacam-macam lagi. Mempunyai pakej berharga RM1,450, mereka akan berada di sisi anda untuk acara pernikahan serta resepsi dan memberi pelbagai manfaat lain.

Instagram: darimophotography

Perkhidmatan, digandingkan dengan kualiti kerja jurugambar-jurugambar yang dinyatakan semestinya akan memuaskan hati anda. 

Baca: 7 Mini Pelamin Cantik Area KL Bawah Harga RM450

Dg