in

8 Ustaz Anda Boleh Follow Untuk Menjawab Kemusykilan Mengenai Agama

Ustaz 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemudahan teknologi masa kini telah merubah cara kita menuntut ilmu terutamanya ilmu agama. Kalau dahulu, jika kita was-was tentang sesuatu, boleh saja kita berjumpa dengan ustaz di sekolah atau pusat pengajian untuk mengajarkan kita tentang hal tersebut. Namun kini dengan kemudahan teknologi maklumat, semuanya hanya di hujung jari.


Segala pertanyaan boleh saja diajukan kepada ustaz yang pakar dalam hal ehwal agama ini di laman media sosial serta Google. Namun kenalah juga kita hati-hati, tidak semua ustaz Facebook dan Google ini benar belaka.

Oleh itu, kami senaraikan 8 ustaz yang boleh anda follow di Facebook untuk menjawab kemusykilan mengenai agama.

 

1. Ustaz Dato Ismail Kamus

18275006 1508688849173014 5354438633798800066 N
sumber: facebook

Dilahirkan pada 2 Disember 1948, Ustaz Ismail Kamus pernah mendapat gelaran Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor pada tahun 2012. Beliau juga bukan calang-calang orangnya. Selain mendapatkan pendidikan di Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ustaz Ismail Kamus juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Berguru dengan ulama tersohor, Asy-Sheikh Mahmood al-Arif al-Bukhori, Ustaz Ismail gemar berkongsi video perihal ilmu agama di Facebook selain berdiskusi tentang perihal jin dan gangguan sihir.

Facebook: Ustaz Dato Ismail Kamus

 

2. Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

21616389 1505964362783800 3296441495367721155 N
sumber: facebook

Ustaz ini mungkin lebih ramai mengenalinya kerana sering muncul di kaca televisyen dalam rancangan seperti Tanyalah Ustaz, Zikir Hati, Semanis Kurma dan beberapa rancangan radio di Ikim.fm. Beliau seorang pendakwah bebas yang berkelulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang syariah dan undang-undang serta pernah menuntut di Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu.

Kini Ustaz Ahmad Dusuki merupakan Pengasas Kompleks Darul Thibbun Nabawi dan gemar berkongsi video live serta kata-kata nurani di ruang Facebook untuk tatapan pengikutnya.

Facebook: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

 

3. Ustaz Zamri Zainuldin

1913630 301209475102 416777 N
sumber: facebook

Bukan sekadar ustaz biasa, Ustaz Zamri Zainuldin merupakan seorang yang berpengalaman dalam mengendalikan consultancy serta pelbagai latihan melibatkan soft skill di agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Pos Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, SYABAS dan lain-lain.

Beliau juga telah mengendalikan berpuluh-puluh kem solat dan merupakan pengasas kaedah MABAH (Mendidik Anak Berinspirasikan Al-Quran dan Hadis). Ustaz Zamri gemar merakam vlog di Youtube dan mempunyai laman web sendiri berkaitan perkongsiannya mengenai ilmu agama.

Facebook: Ustaz Zamri

Laman web: Zamri Zainuldin

 

4. Ustaz Zahazan Mohamed

24131135 10155075581208341 6210462981071393447 N
sumber: facebook

Dr. Zahazan Mohamed merupakan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Melaka pada tahun 2014. Beliau merupakan seorang penceramah bebas yang aktif dan banyak menulis buku mengenai soal agama. Selain menulis buku, Ustaz Zahazan juga menjadi kolumnis untuk akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian serta majalah Solusi, Perempuan dan Nur bagi menjawab segala persoalan agama.

Mempunyai hampir 700,000 ribu pengikut di Facebook, Ustaz Zahazan gemar memberi tazkirah live di media sosial mengenai pelbagai topik berilmu dan menginsafkan kita semua.

Facebook: Ustaz Datuk Dr Zahazan Mohamed DPSM

 

5. Mufti Wilayah Persekutuan

26815021 1077540862385892 2625115949622705048 N
sumber: facebook

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang dilantik pada 23 Jun 2014. Beliau seorang yang rajin turun padang dan mendekati pelbagai jenis lapisan masyarakat demi membantu masalah yang dihadapi mereka. Antara perkara yang dilakukan beliau mendapat perhatian media ialah dengan melawat golongan transgender yang dipinggirkan.

Selain melakukan kerja-kerja amal, Mufti Wilayah Persekutuan juga aktif di media sosial dan sering menjawab persoalan mengenai hal agama yang disoal netizen. Beliau juga kerap melakukan sesi live kuliah di laman Facebook.

Facebook: Mufti Wilayah Persekutuan

Twitter: @drzul_albakri

 

7. Dr Zaharuddin Abdul Rahman

13233017 1163264610379887 7387506542471017451 N
sumber: facebook

Mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya, Dr. Zaharuddin merupakan pakar bidang Fiqh Mualamat dan pernah melanjutkan sarjana di Universiti Al-Yarmouk, Jordan dan PhD di Universiti Wales, United Kingdom. Kini beliau merupakan seorang penulis dan mempunyai 15 buah buku dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

Dr. Zaharuddin juga pernah dinobatkan sebagai Pemenang Web Islam Islamik Individu Terbaik oleh Anugerah Media Islam Negara 2009 melalui laman web beliau www.zaharuddin.net yang mempunyai pengunjung setiap hari seramai purata 5000 orang.

Facebook: Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Laman web: zaharuddin.net

 

8. Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim

13241105 725922970844543 3424354609692508209 N
sumber: facebook

Ustaz Dr Muhammad Lukman merupakan seorang pensyarah di Universiti Sains Islam (USIM). Beliau seperti ustaz-ustaz yang lain juga sering muncul di dalam rancangan Tanyalah Ustaz, Madrasah Al-Quran, Tilawah Interaktif, Muhasabah dan Bismillah. Selain itu, Ustaz Muhammad Lukman juga terlibat dalam rancangan radio di Ikim.fm.

Bagi mereka yang ingin mempelajari teknik taranum yang baik, anda bolehlah ikuti laman Facebook Ustaz Muhammad Lukman ini.

Facebook: Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim

Jom ikuti mereka ini untuk mendalami ilmu agama dengan lebih baik! 

Baca: 10 Profil Facebook Bongkar Produk Tipu Yang Wajib Anda Follow

Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.