in

8 Terbunuh Dan Puluhan Cedera Dalam Letupan Yang Berlaku Di Sebuah Tadika!

Deadly Explosion Occurs Outside Chinese Kindergarten Causes At Least 8 Fatalities World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
8 Terbunuh Dan Puluhan Cedera Dalam Letupan Yang Berlaku Di Sebuah Tadika!
Loading
/

Satu letupan berlaku di hadapan tadika di Timur China semalam yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 8 terbunuh dan 65 lain cedera. Kejadian berlaku betul-betul di hadapan pagar tadika di Fengxian, Jiangsu dan beberapa video tentang letupan kini tular di media sosial.


Deadly Explosion Occurs Outside Chinese Kindergarten Causes At Least 8 Fatalities World Of Buzz 3
sumber: world of buzz

Menurut BBC, letupan berlaku sekitar jam 5 petang waktu China, kebetulan waktu itu memang ibu bapa mengambil anak-anak mereka pulang daripada tadika tersebut. Video tentang letupan tersebut tular serta-merta dan dalam video tersebut kelihatan mangsa-mangsa yang berlumuran darah bergelimpangan. 

Juga kelihatan seorang wanita memeluk erat seorang kanak-kanak yang sedang menangis dan mangsa-mangsa yang bertaburan di atas jalan dengan baju yang sudah koyak rabak akibat letupan itu. Jumlah kanak-kanak yang cedera masih belum dapat dipastikan, tetapi dua orang mati serta-merta di tempat kejadian manakala enam lagi mati ketika sedang dirawat. Sedihnya!

Deadly Explosion Occurs Outside Chinese Kindergarten Causes At Least 8 Fatalities World Of Buzz 2
sumber: world of buzz

Menurut Channel News Asia, letupan bukan akibat penggunaan gas kanister seperti spekulasi sebelum ini, akan tetapi akibat daripada bom buatan tangan. Suspek adalah seorang lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai masalah jantung dan penyakit darah tinggi itu turut mati di dalam letupan tersebut. 

Deadly Explosion Occurs Outside Chinese Kindergarten Causes At Least 8 Fatalities World Of Buzz
sumber: world of buzz

Lelaki bernama Xu itu tinggal di sebuah bilih sewa berdekatan dengan tadika tersebut. Polis mendapati bahawa Xu mempunyai bahan-bahan membuat bom dan dinding biliknya penuh dengan ayat-ayat seperti “mati”, “musnah” dan “kematian”.

Amaran: Video kemungkinan mengandungi unsur-unsur yang kurang menyenangkan.

Kesiannya, tak pasal pasal mereka yang tak bersalah jadi mangsa!

Baca: Sekumpulan Pelajar Dirempuh Lori Ketika Melintas Jalan di Depan Sekolah

Lori

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.