in

8 Pengajaran Yang Boleh Kita Ambil Daripada Pergaduhan Eina Azman dan Rebecca

Eina Rebecca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai gosip dua sahabat baik bagaikan isi dengan kuku iaitu Datin Rebecca Nur Al Islam dan Datin Eina Azman dikatakan sedang bergaduh. Instastory yang dimuat naik Rebecca beberapa hari lalu telah menarik perhatian netizen yang mula berteka-teki akan keretakan hubungan mereka berdua.


Eina Azman 25011716 137386950300840 293078638314651648 N
sumber: blog

Menerusi instastory tersebut, Rebecca telah mengecam tindakan seorang rakan artis yang juga berpangkat datin dengan menggelarnya ‘Datin Muka Mayat’. ‘Datin’ itu dikatakan telah menghasut semua rakan Rebecca untuk membencinya selain membuka aib ‘sahabatnya’ itu yang dikatakan memakai gigi palsu. Alamak! 

Meskipun tidak diketahui sama ada masalah ini telah selesai ataupun tidak, berikut kami senaraikan lapan pengajaran yang boleh kita ambil daripada pergaduhan dua artis berpangkat Datin ini:

 

1. Jangan letak 100% kepercayaan walaupun kawan baik

Pengajaran yang paling berharga berdasarkan pergaduhan mereka ini ialah untuk tidak sesekali menceritakan 100% perkara mengenai diri kita kepada orang lain walaupun orang itu sahabat baik kita sendiri. Hal ini kerana, bila sahabat bertukar menjadi musuh, pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Boleh jadi perkara aib yang pernah kita ceritakan kepada seseorang digunakan untuk memburuk-burukkan diri kita suatu hari nanti.

1
sumber: twitter
2 1
sumber: twitter

 

2. Jaga aib kawan walaupun hubungan tidak baik

Bila sudah bergaduh, ada sajalah perkara tak elok yang kita cakapkan tentang pihak sebelah sana. Sebagai contoh Datin Rebecca sanggup membuka rahsia ‘rakan baik’ yang dikatakan memakai gigi palsu. Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada Eina Azman betul-betul memakai gigi palsu ataupun tidak, kata-katanya itu sudah menimbulkan persepsi buruk orang ramai terhadap artis tersebut, kan?

3
sumber: blog

 

3. Biar orang buat kita jangan kita buat orang

Nasihat seperti ini selalu kita dengar daripada mereka yang sudah berusia. Kalau ada yang menyakiti kita, lebih baik kita ambil langkah untuk tidak melawan dan memanjangkan masalah lagi. Lagi dilayan, makin menjadi-jadi pula pergaduhan itu nanti. Kesudahannya, kita pula mendapat malu seperti Datin Rebecca ini.

5
sumber: blog

 

4. Jauhi kawan yang suka mengumpat tentang hal orang lain

Kalau anda mempunyai rakan yang gemar bergosip tentang orang lain, lebih baik elakkan daripada rapat sangat dengannya. Anda mungkin takkan tahu bilakah ‘rakan’ anda itu akan bercakap tentang diri anda pula bukan? Kalau seseorang itu berani bercakap tentang perkara buruk orang lain kepada anda, tak mustahil dia juga akan berkata perkara buruk tentang anda kepada orang lain.

Giphy 3

 

5. Tidak mudah melatah apabila diprovokasi

Meskipun Rebecca telah mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan amarah kepada sahabatnya, sikap Eina Azman dipuji kerana tidak mudah melenting. Eina tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial sebaik Rebecca mengecamnya, selain daripada meminta netizen untuk mendoakan yang baik-baik tentang dirinya dan Rebecca.

Eina Azman 25009020 2004737779541544 5325948262392266752 N
sumber: blog

 

6. Gunakan media sosial untuk hal yang baik

Media sosial boleh jadi medan untuk merapatkan silaturahim dan tidak kurang juga boleh menjadi punca kepada keretakan hubungan yang terjalin antara satu sama lain. Sebab itulah setiap individu harus bijak menggunakan platform media sosial yang mereka ada terutama sekali golongan artis. Lebih baik tularkan hal yang baik-baik daripada sebarkan perkara negatif kepada orang ramai.

Eina Azman 21879206 623478741374338 2603354646483304448 N
sumber: blog

 

7. Matang dalam menangani masalah

Pergaduhan, cakap belakang dan mengeluarkan kata-kata kesat di media sosial hanya menampakkan diri seseorang itu sebagai kebudak-budakkan dan tidak matang dalam menangani masalah yang menimpa. Rebecca dan Eina sepatutnya duduk semeja dan bertemu empat mata untuk menyelesaikan masalah antara mereka berdua. Saling kata mengata antara satu sama lain hanya memburukkan keadaan.

Budak2
sumber: blog

 

8. Jaga nama baik suami

Sebagai wanita yang menjadi isteri kepada lelaki yang berpangkat datuk, kedua-dua artis ini sepatutnya menjaga maruah suami mereka yang merupakan orang ternama. Pergaduhan sia-sia hanya akan memberi nama buruk kepada suami masing-masing dan netizen sudah pastinya akan melabel suami mereka sebagai tidak pandai mendidik isteri.

Beka
sumber: blog

Walau apapun yang berlaku di antara dua artis ini, kita doakanlah mereka berbaik-baik seperti biasa dan tidak memanjangkan isu. Sampai bila nak bergaduh kan? Industri hiburan ni kecik je, esok-esok bertembung juga. 

Baca: Disaat Netizen Tertawakan Isu Putus Tunang, Sufian Terima Kata-kata Semangat Daripada Rakan Artis 

Elfira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.