in

8 Lokasi Untuk Weekend Getaway Bagi Yang Mahu Lari Dari Kesibukan Bandar KL!

Gambar Hotel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia yang bekerja di sekitar kawasan Kuala Lumpur, pastinya sudah masak dengan keadaan di bandar yang sesak dan sibuk. Oleh itu, setiap kali hujung minggu, mereka pastinya ingin pergi ke tempat yang tenang di mana mereka boleh relax dengan ahli keluarga atau rakan-rakan.


Bagi memudahkan anda, kali ini kami menyenaraikan 10 tempat percutian yang boleh membuatkan anda relax pada hujung minggu setelah penat bekerja.

 

1. D’Fini Cottage

D2 1
sumber: d’fini cottage
D1 1
sumber: d’fini cottage

D’Fini Cottage amat sesuai bagi mereka yang beragama Islam. Ini adalah kerana Cottage yang terletak di Sungai Buloh ini mengamalkan konsep mesra, cekap, bersih dan halal. Selain menyediakan fasiliti untuk anda relax, mereka juga menyediakan pakej perkahwinan bagi mereka yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

 

2. The Sticks

Sticks 2
sumber: the sticks
Sticks 1
sumber: the sticks

Percutian di The Sticks yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini akan membuatkan anda tenang sahaja. Mana taknya, tempat penginapan ini dikelilingi oleh hutan dan alam semulajadi yang sangat indah. Selain itu, banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuklah jungle trekking, paragliding, water rafting dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

 

3. Ma-Ni Villa

Mani
sumber: nutcow
Villa2
sumber: facebook

Villa di Tanjung Malim, Perak ini memang sesuai untuk mereka yang ingin bercuti berdua-duaan dengan pasangan. Bermula dengan sebuah restoran Thai, mereka kemudian upgrade dan kini turut memiliki villa yang indah, dikelilingi alam semulajadi yang pasti membuatkan fikiran anda tenang sahaja.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

 

4. The Kasturi

Kasturi2
sumber: the kasturi
Kasturi
sumber: wob

The Kasturi yang terletak di Cherating, Pahang ini mempunyai pemandangan pantai Chendor yang menawan. Bukan itu sahaja, tempat ini turut dikelilingi hutan yang pastinya akan membuatkan kunjungan anda ke situ lebih tenang ditambah pula dengan fasiliti seperti gym dan servis spa.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

 

5. Dusuntara Jungle Retreat

Dusun1
sumber: dusuntara jungle retreat
Dusuntara2
sumber: dusuntara jungle retreat

Mengambil masa tidak lebih sejam untuk ke sini dari Kuala Lumpur, Dusuntara Jungle Retreat yang terletak di Batang Kali ini dikelilingi dengan dusun, hutan tropika dan sungai yang sesuai untuk mereka yang ingin lari daripada kesibukan di bandar. Selain itu, pengunjung juga tidak perlu risau kerana makanan akan dimasak dan disediakan oleh pemilik retreat ini.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

 

6. Eco Rimba Murai

Eco1
sumber: facebook
Sungai
sumber: instagram

Eco Rimba Murai juga terletak di Batang Kali dan sesuai untuk mereka yang ingin berenang, berkelah dan bird watching. Bukan itu sahaja, di sini anda turut dibenarkan untuk memancing di air terjun yang dikelilingi oleh kehijauan yang pasti buat anda tenang sentiasa.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

 

7. Ratu Rening Residency

Ratu Rening1
sumber: facebook
Ratu
sumber: automachi

Ratu Rening Residency ini sangat menawan dan dikelilingi oleh flora dan fauna yang terletak di Batang Kali. Tempat penginapan ini merupakan estet persendirian yang memang sesuai untuk anda nikmati percutian bersama-sama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

 

8. Re Farm Leisure

Refarm
sumber: facebook
Ja
sumber: facebook

Tempat penginapan yang terletak di Temoh, Perak ini menyediakan villa bagi yang ingin bermalam di sini. Namun begitu, mereka juga membenarkan pengunjung untuk datang bermandi manda tanpa perlu bermalam. Re Farm Leisure turut menyediakan mini zoo, kebun sayur-sayuran dan terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti jungle trekking dan pedal bot.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Dah stres-stres kerja tu, pergilah tenangkan fikiran di hujung minggu.

Baca: 6 Negara Ideal Untuk Destinasi Percutian Bajet Tidak Diketahui Ramai

Lala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.