8 Fakta Menarik Tentang Pasta Yang Tidak Diketahui Ramai!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pasta atau lebih mesra dengan panggilan ‘spageti’ memang menjadi kegilaan ramai. Rata-ratanya kita semua akan memilih pasta berbanding makanan lain. Tetapi ramai sebenarnya yang tidak tahu asal usul makanan itu dan keistimewaanya.

Jadi mari kita lihat fakta menarik tentang pasta!

Gambar hiasan

 

1. Nama asal bagi spageti ialah spaghetto



Spageti terkenal di Itali dan dijadikan sebagai sumber utama makanan mereka, berbeza dengan kita di mana sumber utama kita ialah nasi. Spageti juga dijadikan sebagai makanan sampingan di negara lain.

Gambar hiasan

 

2. Pada zaman dulu, pasta dibuat/diayak dengan menggunakan kaki kerana dohnya yang terlalu padat!

Ya, kalau difikirkan memang agak menggelikan, tapi itulah kebenarannya. Masih belum ada teknologi moden pada waktu itu, dan jika digunakan ‘teknik’ itu pada zaman sekarang, pasti tiada siapa yang mahukannya!

Gambar hiasan

 

3. Pasta bukan sahaja sedap, bahkan ia juga dapat mengenyangkan kita dalam tempoh masa yang lama

Ini kerana, pasta adalah antara makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Kerana itulah ia menjadi sumber makanan utama di Itali.



 

4. Sebenarnya, pasta mempunyai 350 bentuk yang berbeza, termasuklah saiznya!

Antaranya ialah spaghetti, macaroni, penne, wide egg noodles, manicotti dan banyak lagi. Tetapi bukan semuanya ada di Malaysia ya.

Sumber: 123rf

 


5. Istimewanya, pasta dan spageti juga turut ada tarikh untuk disambut

Pada 25 Oktober dikenali sebagai Hari Pasta Sedunia dan 4 Januari adalah Hari Spageti Sedunia.

Inilah buktinya pasta menjadi kegilaan ramai diseluruh dunia dan pastinya hari-hari ini diingati oleh peminat pasta!



 

6. Hanya dua bahan sahaja yang digunakan untuk membuat pasta iaitu tepung dan air

Dengan menggunakan dua bahan ini, terciptalah spageti yang sempurna. Telur juga dikenali sebagai bahan sampingan untuk membuat pasta supaya ia lebih sedap.

Gambar hiasan

 

7. Di Itali, mereka mengeluarkan antara 1,700,000 hingga 3,300,000 tan pasta dalam setahun!

Ia boleh disamakan dengan berat bagi 400,000 gajah! Ini sahaja sudah dapat membuktikan yang Itali memang penggemar pasta.

 

Gambar hiasan

 

 

8. Antara tiga bentuk pasta yang terkenal ialah spageti, macaroni dan penne

Ia sering digunakan dalam masakan kita sebagai ‘main dish’ terutamanya bagi restoran terkenal seperti Secret Recipe, Pizza Hut dan Dominos.

Tak sangka, unik sebenarnya pasta ini kan? Tidak peliklah ia menjadi kegilaan orang ramai sejak dulu lagi. 🙂

Baca: Anda Takkan Percaya Dengan Hasil Kajian Dari Harvard Ini Mengenai Mi Segera

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.