70 Murid Buat Demo Kerana Tiada Guru Untuk Tiga Subjek Utama di Sekolah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Mungkin bagi sesetengah murid ketiadaan guru kerana bercuti atau bermesyuarat adalah sesuatu yang seronok untuk disorak-sorai. Namun bagi 70 pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Kalumpang, mereka berdemo kerana sekolah mereka kekurangan guru.

Sumber: Facebook

Bantahan yang diadakan di hadapan sekolah itu kira-kira dua minggu lalu bukan saja disertai murid-murid tetapi ibu bapa yang juga bimbang akan masalah yang telah berlanjutan sejak enam tahun lalu untuk diselesaikan segera. Biar betul? 

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di Facebook, murid-murid dilihat berbaris di bahu jalan yang berhadapan dengan sekolah bersorak kata-kata ‘Kami Nak Cikgu!’ sambil memegang kadbod bertulisan kata-kata bantahan.



Sumber: Facebook

Mereka juga dilihat mengangkat gambar-gambar Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib serta beberapa menteri terdahulu dalam rakaman tersebut.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), B Raj Kumar, kekurangan guru dalam tiga subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik menjejaskan pembelajaran pelajar.

Sebab itu, kami mengadakan mogok bagi menyatakan desakan dan tuntutan secara serius berhubung masalah ini agar diselesaikan segera.”

Sekolah ini hanya mempunyai 10 guru bagi mengajar 88 murid.”

Menambahkan lagi kerisauannya, tiada satu pun di antara 10 guru itu dikhususkan untuk tiga subjek utama tadi. Ini menyebabkan guru-guru lain terpaksa mengambil inisiatif untuk mengajar murid-murid tersebut jika perlu.

Sumber: Youtube

Susulan dari demonstrasi tersebut Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan mengarahkan Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) mengisi jawatan dua guru baru di situ.

Namun, Kamalanathan juga sempat menjelaskan PIBG sekolah itu tidak pula membangkitkan isu tersebut sewaktu pertemuan pada 23 April lalu. Eh? Pulak dah…



Dua guru yang ditugaskan untuk mengisi jawatan guru di sekolah tersebut bakal bertugas mulai Mei ini.

Semoga kanak-kanak yang dahagakan ilmu ini cemerlang dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi nanti. 

Tonton video di bawah:

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!