in

7 Tips Diet Mudah Tanpa Perlu ‘Seksa’ Diri Kita

Diet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Diet adalah bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Jarang juga untuk kita lihat seseorang yang berjaya dalam proses diet mereka, kerana majoritinya adalah gagal. Tetapi jika kita bijak dalam mengolah cara diet kita kepada cara yang lebih menarik, pasti ianya menjadi lebih mudah.


Jadi di sini kami kongsikan  7 Tips Diet Mudah Tanpa Perlu ‘Seksa’ Diri Kita!

Carbs
gambar hiasan

 

1. Ganti dengan buah dan sayur

Seperti yang kita tahu, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan karbo yang rendah dan kandungan nutriennya yang tinggi. Jadi, elok sekiranya kita gantikan makanan karbo kita dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran ini juga tinggi seratnya dan sangat sesuai untuk orang yang sedang berdiet.

Sayur
sumber: newfound balance

 

2. Makan pada waktu yang betul

Seeloknya makan makanan rendah karbo pada waktu siang sahaja kerana kita perlukan banyak tenaga pada waktu itu. Dalam sedang kita sibuk dengan rutin harian kita, kita juga dapat membakar makanan yang sudah kita makan. Elakkan makan pada waktu petang ke atas kerana waktu itu adalah waktu rehat kita dan tidak banyak memerlukan tenaga.

Makan
sumber: mynetdiary

 

3. Lebihkan protein

Lebihkan protein ketika makan sebagai ganti makanan karbo kita. Ini kerana makanan protein dapat memberikan kita lebih banyak tenaga, dapat menahan lapar serta meningkatkan metabolisma di samping dapat membakar kalori dalam badan kita dengan lebih cepat. Ya, makanan protein memang sangat membantu!

Protein
sumber: info sehat

 

4. Tambah mentega dan keju

Untuk jadikan makanan kita lebih enak dan menyelerakan, anda boleh tambah mentega atau keju dalam makanan itu supaya makanan itu tidak rasa terlalu kosong dan muak. Ini kerana kita akan makan makanan yang sama berulang kali dan bagi mengelakkan rasa bosan.

Butter Cheese
sumber: ccc

 

5. Gantikan bahan makanan

Jika anda teringinkan pizza, gantikan topping pizza itu dengan bahan makanan yang rendah karbo seperti telur, keju, daging dan sayur-sayuran. Lebih elok sekiranya pizza itu dibuat sendiri kerana kita lebih tahu setiap bahan yang digunakan. Selain pizza, anda juga boleh buat sebegini jika teringin makan kebab.

Pizza
sumber: sargento

 

6. Biskut sebagai kudapan

Jadikan biskut rendah karbo sebagai kudapan kita jika lapar pada waktu malam. Waktu malam adalah waktu yang tidak memerlukan banyak tenaga. Dua atau tiga keping biskut rendah karbo sudah memadai dan jika anda masih lapar, minum air suam untuk gantikan biskut.

 

7. Kurangkan kuantiti gula

Bagi penggemar kopi, anda boleh mengurangkan kuantiti gula dalam kopi. Seperti yang kita tahu, gula mempunyai kandungan karbo yang sangat tinggi. Jadi ia sangat tidak sesuai untuk diminum bagi orang yang mahu mengamalkan pemakanan yang sihat atau berdiet.

Kopi
sumber: news nation

Diet karbo ini memang susah pada awalnya. Ramai orang yang tidak berjaya untuk mencapai berat badan yang diidamkan. Tetapi jika kita kuatkan semangat kita, pastinya terasa mudah. Semoga berjaya! 🙂

Baca: 8 Pencuci Mulut Berperisa Green Tea di Lembah Klang Anda Perlu Cuba!

Page1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.