in

7 Kedai Jual Barangan Bayi Dengan Harga Murah di Instagram Untuk Si Comel Anda!

Ppp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zalora, Lazada, Fashion Valet. Sebut sahaja barangan untuk wanita mahupun lelaki, banyak laman sesawang yang menawarkan jualan pakaian dan keperluan untuk orang dewasa secara dalam talian. Namun, jika sebut tentang kedai barangan bayi dalam talian, tidak ramai yang tahu.


Bagi golongan ibu, hendak keluar mencari barangan untuk anak-anak bukan perkara mudah. Perlu bersesak di atas jalan raya dan kemungkinan barangan yang diperlukan sudah habis stok di kedai. Oleh itu, adalah lebih mudah jika barangan tersebut dapat dibeli dalam talian sahaja.

Memahami keperluan ibu-ibu, berikut kami senaraikan tujuh kedai barangan bayi dengan harga berpatutan yang boleh anda follow di Instagram.

 

1. Qalesya Babyshop

Tidak tahu hendak ke mana untuk beli pakaian bayi yang cukup lengkap? Kedai ini menjual set baju, stokin, dan romper untuk bayi. Dalam keadaan cuaca Malaysia yang tidak menentu ni, kadang-kadang panasnya hingga membakar kulit. Jadi, anda juga boleh beli topi untuk lindungi si comel anda daripada cuaca panas di sini!

Q2 1
sumber: instagram
Q6
sumber: instagram
Q4
sumber: instagram   

Instagram: Qalesya Babyshop

 

2. Murahje.my

Selalu kita nampak pakaian bayi yang comel-comel tetapi bila tengok harga, kalah harga baju orang dewasa! Jika anda mahu belikan baju yang comel-comel untuk bayi anda, inilah tempatnya. Warna pastel dan menggunakan kain kapas, pakaian yang dijual sangat lembut dan sesuai dengan kulit bayi. Kedai ini juga ada jual tuala dan stokin bayi yang terlajak comel!

M4
sumber: instagram
M5
sumber: instagram
M1
sumber: instagram

Instagram: Murahje.my

 

3. Anak Ibu Shop

Selain menjual pakaian bayi, kedai ini turut menjual bedung bayi dengan pilihan corak yang comel-comel belaka. Feeder dan nail trimmer untuk bayi juga ada dijual di sini. Bagi anda yang tinggal di Melaka, bolehlah berkunjung ke kedai fizikal Anak Ibu Shop yang terletak di Taman Muzaffar Heights.

F3 1
sumber: instagram
F2
sumber: instagram
B1 3
sumber: instagram

Instagram: Anak Ibu Shop

 

4. Mom Baby Republic 2

Kedai ini menjual pelbagai barangan bayi, tapi yang paling menarik adalah teether berbentuk pisang dan jagungnya. Berus gigi bayi pun ada dijual di kedai ini. Mereka sedang buat promosi botol susu dengan harga runtuh sekarang, jangan lupa serbu!

R3
sumber: instagram
R2
sumber: instagram
R1
sumber: instagram
Kaka
sumber: instagram

Instagram: Mom Baby Republic 2

 

5. Qaiser Cuteshoppe

Kedai ini tidak menjual pakaian bayi sebaliknya menumpukan jualan kepada barangan keperluan bayi seperti botol susu, stroller dan baby food processor. Drying rack untuk botol bayi juga ada dijual di sini. Boleh rambang mata nak pilih warna apa paling comel!

I1 1
sumber: instagram
Capturea
sumber: instagram
I2 1
sumber: instagram

Instagram: Qaiser Cuteshoppe

 

6. Mamayaya Zone

Warga Bangi yang tinggal berdekatan Bandar Baru Bangi boleh berkunjung ke kedai fizikal Mamayana Zone dan lihat sendiri betapa banyak barangan bayi yang ditawarkan di sini. Bagi yang jauh, tidak perlu risau kerana anda boleh beli semuanya dalam talian juga. Sebut sahaja barangan seperti teether mahupun tempat menyimpan makanan bayi, semuanya ada di sini.

Mamayaya
sumber: mamayaya zone
K1 3
sumber: mamayaya zone

Instagram: Mamayana Zone

 

7. Faliyana Mom Store

Kedai ni banyak jual makanan dan snek yang sesuai untuk bayi. Baby carrier pelbagai warna juga ada dijual di sini. Bagi anda yang tinggal di sekitar Gombak, boleh berkunjung ke kedai fizikal mereka yang dibuka setiap hari sehingga jam 7 petang.

20170227115759 20170227115759769104690
sumber: instagram
N4
sumber: instagram
N5
sumber: instagram

Instagram: Faliyana Mom Store

Waaaah, comel-comel semuanya! Apa tunggu lagi, terjah la Instagram mereka sekarang!

Baca: “Cantiknya mata awak!” – Hati Netizen Tertawan Dengan Kecomelan Bayi Kacukan Melayu Eropah Ini

Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.