6 Pulau di Indonesia Dengan Pemandangan Sangat Memukau Tetapi Tidak Diketahui Ramai

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Keindahan dan kecantikan pulau-pulau di Indonesia memang tidak dinafikan lagi. Malah, setiap pulau pasti mempunyai keunikan serta keistimewaan tersendiri. Namun, tahukah anda masih banyak pulau di Indonesia yang belum diketahui ramai? Ini kami senaraikan 6 pulau yang sangat cantik tetapi tidak diketahui ramai. Setiap pulau ini mempunyai pemandangan yang sangat memukau!

 

1. Pulo Cinta, Gorontalo

Sesuai dijadikan destinasi berbulan madu atau untuk menyambut anniversary, Pulo Cinta mempunyai villa atas air untuk anda yang inginkan privasi bersama pasangan. Nikmati makanan anda dengan pemandangan laut yang indah dari balkoni villa. Cantik sangat!



Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

 

2. Pulau Weh, Sabang, Aceh

Mungkin nama Aceh kurang mendapat perhatian, namun Pulau Weh merupakan keindahan tersembunyi yang masih ramai belum ketahui. Mempunyai beberapa pilihan resort, keindahan dan kecantikan pulau ini pasti membuat anda terpukau!

 

3. Pantai Ora, Pulau Seram

Namanya tidak menggambarkan tempat yang dinamakan pantai Ora ini. Bukan seram tetapi sebaliknya, Ora mempunyai villa atas air yang sungguh cantik dikelilingi kehijauan pokok dan kejernihan air laut. Bagi anda yang sukakan pemandangan panorama alam, inilah tempat yang sesuai untuk anda.

 

4. Pantai Nihiwatu, Pulau Sumba



Nihiwatu menggabungkan tradisional dan moden dalam reka bentuk dan hiasan resort. Meskipun terletak di dalam senarai 100 pantai tercantik di dunia, pulau ini kurang diketahui ramai. Nihiwatu tidak boleh dikunjungi orang sembarangan termasuk penduduk setempat kecuali jika anda menginap di resort itu.

 

5. Pulau Maratua, Kalimantan Timur

Landskap dan resort di pulau ini seakan-akan Pulau Mabul di Sabah.Terletak di perairan Sulawesi, Maratua sering dikunjungi kerana aktiviti skuba yang menyeronokkan. Pengunjung turut tidak melepaskan peluang melihat matahari terbenam di sini kerana pemandangannya yang sangat cantik.

 

6. Pulau Moyo, Nusa Tenggara Barat

Selain kecantikan lautnya, Pulau Moyo juga terkenal dengan keindahan beberapa air terjun yang mempunyai keunikan tersendiri. Air Terjun Mata Jitu adalah salah satu yang sering menjadi tarikan kerana keunikannya yang mempunyai empat tingkat dan tujuh kolam-kolam kecil serta airnya yang berwarna hijau.



Masih banyak pulau-pulau yang kurang diketahui ramai untuk kami senaraikan. Senarai di atas merupakan antara yang tercantik dan menjadi pilihan Lobak Merah. Kalau korang tahu pulau lain selain dari senarai di atas, kongsi lah dengan kami. Hehehe

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!