in

21 Kontroversi Artis Menggemparkan Industri Hiburan Tanah Air Sepanjang 2017

Kontroversi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
21 Kontroversi Artis Menggemparkan Industri Hiburan Tanah Air Sepanjang 2017
Loading
/

Tahun 2017 makin hampir ke penghujungnya dan tak dapat dinafikan memang banyak yang berlaku di dalam industri hiburan sepanjang tahun ini.


Berikut kami telah senaraikan 21 kontroversi selebriti yang menggemparkan industri hiburan tanah air sepanjang 2017.

 

1. Fathia Latiff

Si cantik jelita Fathia Latiff banyak kontroversi pada tahun ini. Namun, kontroversi yang paling hangat daripadanya ialah apabila video gelek seksinya telah tersebar di Bigo Live. Pada mulanya, dia menafikan dakwaan ini, namun, akhirnya Fathia mengaku wanita itu dirinya.

K1
sumber: myartis
Ft1
sumber: instagram

 

2. Aliff Aziz – Afifah Nasir

Kisah rumah tangga Aliff Aziz adalah antara yang paling sensasi pada tahun ini. Kecoh pada beberapa bulan yang lalu selepas Aliff ditahan pihak polis kerana didakwa memukul isterinya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan lutut. Kejadian ini berlaku selepas Bella yang masih di dalam pantang pada ketika itu telah ke pusat karaoke bersama ibunya kerana mendapat tahu suaminya sedang ‘enjoy‘ bersama pelakon, Afifah Nasir.

Hal ini menjadi isu hangat dalam jangka masa yang agak lama tambah-tambah lagi kerana Afifah Nasir tidak mendiamkan diri dan dikatakan cuba untuk menegakkan benang yang basah. Bukan sekadar itu, isu bertambah lebih panas apabila kakak Afifah iaitu pelakon Anzalna Nasir mengeluarkan kenyataan yang menaikkan kemarahan netizen.

“Kadang-kadang kita faham perempuan baru lepas bersalin ni lain sikit perangainya bak kata orang meroyan,” kata Anzalna ketika membalas komen pengikut di Instagram.

K
sumber: twitter
K3
sumber: babab. Net

 

3. Neelofa

Disamping kejayaan yang dicapai Neelofa pada tahun ini, dia masih tak lekang dengan kontroversi mengenai pakaiannya yang dikatakan terlalu seksi bagi seorang ikon muslimah. Bukan itu sahaja, sewaktu dia ke Itali untuk menghadiri sebuah majlis, Neelofa dikritik kerana memakai tudung menampakkan bahagian rambutnya.

Mungkin orang ramai prihatin dan tegur kerana Neelofa sudah berstatus Hajah… 

K4
sumber: lobak merah
K5
sumber: lobak merah

 

4. Hafiz Hamidun – Joy Revfa

Ini mungkin kisah pergolakan rumah tangga selebriti yang paling menjadi perhatian dan bualan orang ramai pada tahun ini. Mana taknya, dikatakan Joy Revfa, masih sah sebagai isteri kepada suami pertamanya sewaktu berkahwin dengan Hafiz. Pergaduhan yang berpanjangan apabila masing-masing menggunakan platform media sosial memburukkan antara satu sama lain itu  berakhir dengan penceraian.

Hafiz Hamidun Joy Revfa
sumber: buletin malaysia
Hafiz Joy
sumber: berita harian

 

5. Ayda Jebat

Artis yang popular dengan tagline ‘muah ciked’ ini makin aktif dalam bidang nyanyian dan sangat gembira apabila lagunya, tercalon di dalam Anugerah Juara Lagu. Namun, lagu berjudul Mata nyanyiannya telah disingkirkan pada peringkat separuh akhir Muzik-muzik ke-32. Dek kerana tidak berpuas hati, Ayda telah mempertikaikan keputusan juri pada malam tersebut yang membuatkan ramai netizen mengkritik pelakon Rindu Awak 200% ini.

Image
sumber: kosmo
Aydaj3
sumber: instagram

 

6. Elly Mazlein

Ini satu lagi kisah keluarga yang telah menjadi perhatian media dan netizen. Belum pun reda isu perbalahan Elly dan suami, bekas suaminya itu telah berkahwin dengan rakan artis Faye Khusairi dan telah berlaku perebutan hak penjagaan anak. Elly dikatakan tidak membenarkan suaminya mengambil anaknya pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Kak Lina Pom Pom kita ini kemudian membidas mengatakan anaknya masih menyusu badan, jadi tidak boleh bermalam di tempat lain tanpanya. Bukan itu sahaja, Elly telah menyatakan kekecewaan apabila bekas suaminya, Azmi mengurangkan nafkah anak daripada RM1,500 kepada RM500.

K10
sumber: mstar
K11
sumber: instagram

 

7. Zul Ariffin

Kecoh apabila anak autisme Zarina Zainuddin telah mendakwa bahawa dia telah dimarahi dan dihalau oleh aktor sado, Zul Ariffin menerusi akaun Instagram pemilik salon terkenal, Ridz Okumura. Walau bagaimanapun, Zarina kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa kes itu sudah terjadi lama dahulu. Dia juga sudah meminta maaf dan sudah melupakan kes yang lalu.

Zul 1
sumber: beautiful nara
K12
sumber: instagram

 

8. Nabila Razali

Setiap artis ada cara tersendiri untuk promote lagu mereka begitu juga Nabila Razali. Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia ini telah memuat naik beberapa gambar dengan pelakon Aedy Ashraf di laman Instagram membuatkan ramai tertanya-tanya akan status hubungan mereka.

Namun, tidak lama selepas itu, Nabila telah memuat naik videonya sedang menangis seolah-olah memberi petunjuk dia telah dikhianati kekasih hati. Netizen kemudian cepat membuat andaian bahawa Aedy Ashraf telah berlaku curang tetapi persoalan semua akhirnya terjawab apabila Nabila akui bahawa ianya merupakan gimik bagi mempromosikan lagunya yang bertajuk Pematah Hati.

K13
sumber: mstar
Aedy 1
sumber: youtube

 

9. Nora Danish – Fasha Sandha

Kecoh apabila dikatakan Nora Danish telah menghalau Fasha Sandha daripada majlis pertunjukan fesyen Fenomena Aidilfitri 2017. Nora dikatakan telah mengugut untuk tarik diri daripada event tersebut sekiranya Fasha Sandha turut serta dalam majlis yang sama.

Namun, pihak penganjur tampil memberitahu bahawa ianya hanya salah faham kerana keputusan menghalang Fasha hadir pada majlis berkenaan bukanlah dibuat atas arahan Nora.

Nora Saman
sumber: malaysia gazette
Nora Saman
sumber: mynewshub

 

10. Izreen Azminda

Baru-baru ini Izreen Azminda telah selamat diijab kabulkan dengan pemain keyboard program popular, Gegar Vaganza. Apa yang membuatkan isu ini hangat diperkatakan adalah kerana dramatis itu rupa-rupanya telah berlakon dengan lelaki yang berstatus suami orang secara rahsia.

Perkara ini terbongkar apabila isteri pertama lelaki bernama Ude itu telah mengeluarkan kenyataan yang kemudian menjadi tular dan Izreen serta merta mendapat kecaman netizen selain turut dilabel perampas. Namun, Izreen bagaimanapun tidak memilih untuk berdiam tetapi tetap lantang mempertahankan statusnya yang berkahwin dengan suami orang.

“Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama,” kata Izreen.

K32
sumber: instagram
Izreen
sumber: instagram

 

11. Ika Nabella

Baru-baru ini video boomerang Ika dan suaminya tular kerana ramai pihak yang tak puas hati apabila dia memaparkan aksi bercumbuan dengan suami kerana tidak sesuai dengan budaya Melayu. Walau bagaimanapun, Ika kemudian tampil memohon maaf kerana katanya aksi itu spontan dan tidak disengajakan.

Sumber: Instagram

Ikanabel2.Transformed
sumber: berita harian

 

12. Dato’ Seri Vida

Semua sedia maklum DSV telah mengeluarkan single nyanyiannya berjudul I Am Me. Jutawan kosmetik ini membuatkan netizen ternganga apabila memberitahu bahawa klip videonya telah menelan belanja sebanyak RM1 juta.

Bukan itu sahaja, babaknya yang ‘bermandikan’ wang di dalam bathtub turut menjadi perbualan ramai yang mendakwa perbuatannya itu ternyata menunjukkan sifat riak.

K30
sumber: twitter

Belum habis dengan kontroversi tersebut, timbul kisah baru kononnya Dato’ Vida sedang bercinta dengan pembantu peribadinya yang berusia 23 tahun, Ahmad Iqbal Zulkefli. Iqbal juga tidak menafikan malah akui sedang dilamun cinta dengan ahli perniagaan itu. Walau bagaimanapun, kisah itu terhenti selepas dia mengatakan tidak ingin terburu-buru membuat keputusan dan trauma dengan penceraian terdahulu.

K18
sumber: lobak merah

 

13. Sufian Suhaimi

Penyanyi hot ini telah pun bertunang dengan Elfira Loy dalam majlis yang cukup mewah. Namun bukan hanya perbelanjaan mereka menjadi bualan tetapi juga kisah Sufian yang dikatakan meninggalkan teman wanitanya untuk Elfira.

Isu itu mula diperkatakan apabila gadis yang mendakwa dirinya bekas teman wanita Sufian telah memuat naik insta story sedih selepas Sufian menghadiahkan 23 kuntum bunga ros sempena sambutan hari lahir Elfira yang ke-23. Sufian kemudian dikecam kerana ibarat lupa daratan.

El
sumber: terbakor
El 1
sumber: beautiful nara

 

14. Emma Maembong – Kamal Adli

Artis di Malaysia ni bukan sahaja payah nak sembunyikan percintaan mereka dengan pasangan, malah bila mereka putus cinta pun turut mendapat perhatian ramai. Gempar satu Malaysia apabila pelakon, Emma Maembong membuat pengakuan bahawa hubungan cinta yang terjalin antaranya dan Kamal Adli telah diputuskan.

Bukan itu sahaja, kes bertambah panas apabila Emma turut akui bahawa hubungan cinta mereka terhenti kerana adanya kehadiran pihak ketiga iaitu Zahirah Macwilson. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pasangan itu kembali bersama selepas isu itu diselesaikan.

Kamal Emma
sumber: instagram
Screen Shot 2017 12 20 At 9.34.36 Pm
sumber: twitter

 

15. Sharnaaz Ahmad

Semua orang sedia maklum betapa lantangnya pelakon sado ini. Pada awal tahun 2017, Sharnaaz telah pun memuat naik tweet yang mempersoalkan sejauh mana pencapaian Fattah Amin hingga boleh menganggap dirinya punyai bakat untuk menulis buku.

Bukan itu sahaja, tahun ini juga Shaarnaz telah didenda oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pekerja kelab golf. Ganasnya abang sado ni…

K22
sumber: nst
Sharnaaz
sumber: beautiful nara

 

16. Chef Wan

Siapa tak kenal chef selebriti yang cukup lantang dalam menyatakan pendapatnya ini? Chef Wan baru-baru ini telah mengkritik secara terbuka mutu pengacaraan Nabil pada konsert Gegar Vaganza dan menyuruhnya untuk senyap serta tidak menyampuk dengan perkara yang menyakitkan hati ketika juri sedang memberikan komen.

Nabil ternyata kurang senang dan mereka berdua telah berbalah kenyataan sejak itu. Dia juga mengugut untuk kenakan saman hasutan terhadap Chef Wan kerana ingin menjaga nama baiknya memandangkan beberapa produk besar yang ditanda tangani meminta penjelasan tentang hal itu. Walau bagaimanapun, Chef Wan tidak gusar malah mencabar dia meneruskan saman kerana yakin dirinya di pihak yang benar.

Screen Shot 2017 12 20 At 9.14.24 Pm
sumber: instagram

Sumber: Youtube

 

17. Janna Nick – Fattah Amin

Semua sedia maklum Janna Nick dan Fattah Amin telah berganding bahu dalam drama Coffee Prince. Namun, terdapat satu babak yang dirakam ketika pengambaran menunjukkan adegan bercium antara mereka berdua di mana ia telah mengundang kemarahan orang ramai kerana tidak bersesuaian dengan budaya.

Namun, Michael Ang, selaku pengarah drama tersebut telah tampil memberitahu bahawa adegan tersebut kelihatan sebegitu kerana kedudukan wajah pelakon, malah mereka berdua langsung tidak bersentuh mahupun bercium.

K25
sumber: youtube
J
sumber: instagram

 

18. Azwan Ali

Dekat-dekat nak pilihanraya ni, tiba-tiba muncul Azwan Ali yang berjanji akan membantu UMNO untuk jatuhkan abangnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Dia juga berkata bahawa sudah bersedia mendedahkan satu persatu rahsia abangnya dalam siri ceramah dengan pemimpin UMNO Selangor. Azwan turut mendakwa mempunyai “sejuta idea untuk menjahanamkan Azmin Ali”.

K27
sumber: youtube
Azwan
sumber: mstar

 

19. #Fattzura

Pasangan dua sejoli ini mungkin boleh dinobatkan sebagai couple of the year. Mana taknya, mula-mula mereka dibelenggu misteri kononnya sudah menikah senyap-senyap sebelum terbang menunaikan umrah.

Namun, melalui sidang media, mereka memberi kenyataan bahawa mereka baru bertunang sahaja dan akan berkahwin dalam masa terdekat. Lepas itu, tau-tau je mereka dah pun diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Selepas perkahwinan mereka, timbul kontroversi yang melanda Fattah apabila dikatakan enggan tampil di dalam rancangan MeleTOP kerana dihoskan oleh bekas kekasihnya, Neelofa. Rata-rata netizen memanggil Fattah tidak professional kerana ‘melarikan’ diri walaupun telah bersiap sedia di belakang pentas.

Fattzura 1
sumber: instagram
M
sumber: mstar

 

20. Sajat – Dato’ Aliff Syukri

Semua pun sudah sedia maklum bahawa Dato’ Aliff telah mengeluarkan lagu yang menampilkan Sajat yang berjudul Abang Nak Tegur. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga telah terbang ke luar negara bagi proses pengambaran muzik video untuk lagu tersebut.

Sewaktu di sana, telah tersebar sebuah video di media sosial di mana Dato’ Alif telah memarahi Sajat kerana tidak menari dengan betul. Walaupun netizen menganggap ianya sebagai gimik, namun, Sajat telah menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan bahawa memang berlaku perselisihan faham antara mereka pada waktu itu.

Sementara itu, ketika ditemubual, Sajat memberitahu bahawa dia dan Dato’ Aliff telah pun berbincang dan berbaik semula setelah tiba di Malaysia.

Capture 4
sumber: lobak merah

 

21. Iqram Princhiqy Dinzly

Pada penghujung tahun ini, bersusun rentetan berita mengenai Iqram Dinzly yang mencetuskan kontroversi kerana gaya yang tidak senonoh dipaparkan di laman media sosialnya. Dia juga kerap meyakinkan orang ramai bahawa dia masih waras sehingga akhirnya mengaku perlakuannya itu hanyalah gimik semata-mata.

Aksinya yang pelik dan kecaman yang tidak putus menghujaninya telah mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri yang menjemputnya hadir ke pejabat di Putrajaya. Iqram telah menolak pelawaan itu, sebaliknya meminta mufti berkenaan untuk datang ke Talaqqi Dinzly Studio bagi mengenali satu sama lain dan menceritakan perihal sebenar.

Iqram1
sumber: instagram
Iqram2
sumber: instagram

Banyak sungguh kontroversi artis bagi tahun 2017. Harap tahun 2018 akan menjadi lebih baik dan kurang kontroversi yang kurang enak dalam kalangan artis Malaysia. Semoga prestasi industri seni  juga akan semakin meningkat maju.

Baca: 7 Kelab Peminat Artis Yang Paling Berpengaruh di Malaysia

K29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.