in

20 Doktor Perubatan Yang Anda Patut Follow di Facebook

Page Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masyarakat kini lebih senang untuk menggunakan media sosial bagi mendapatkan sesuatu maklumat terutamanya mengenai kesihatan dan perubatan tanpa mengetahui kesahihan dan kebenaran disebalik info yang mereka perolehi.


Oleh itu, adalah penting untuk kita mendapatkan maklumat yang betul daripada doktor atau pakar perubatan yang bertauliah bagi mengelakkan salah maklumat. Jadi di sini kami senaraikan 20 doktor perubatan yang anda patut follow di Facebook yang telah dikongsikan oleh Mohd Fadhli Mohd Fauzi di akaun Facebook miliknya.

 

1. Dr. Hana Hadzrami

Dr. Hana merupakan seorang pakar bius yang sering berkongsi ilmu dan pengalamannya sendiri di dewan bedah, ICU serta panduan penjagaan pesakit selepas pembedahan. Bukan itu sahaja, beliau juga akan memaklumkan kepada pembaca mengenai produk-produk tipu yang ada dijual di pasaran.

1 8
sumber: blog

 

2. Dr. Nurilyani Bujang

Dr. Nurilyani juga merupakan seorang doktor bius dan pernah menulis tentang perubatan berkaitan bius yand diperbuat daripada ekstrak tumbuhan. Beliau juga akan memberi amaran kepada pembaca mengenai produk supplement, jamu, ubat tradisional yang mengandungi bahan larangan.

D10
sumber: facebook

 

3. Dr. Rafidah Abdullah

Dr. Rafidah merupakan pakar buah pinggang yang memang lantang dalam mendedahkan produk tipu yang akan memberikan kesan buruk kepada buah pinggang anda. Selain itu, beliau akan berkongsi tips yang boleh diikuti jika anda tidak mahu buah pinggang menjadi rosak!

D9
sumber: facebook

 

4.  Dr. Mahyuddin Mohamed

Dr. Mahyuddin merupakan doktor pakar ortopedik yang banyak menerima undangan di televisyen untuk berkongsi ilmu perubatannya. Beliau sentiasa memuat naik entri berkenaan ortopedik serta perkongsian lain yang boleh dijadikan manfaat kepada pembaca.

D8
sumber: facebook

 

5. Prof. Dr. Imelda Balchin

Prof. Dr. Imelda merupakan doktor pakar sakit puan yang pernah terlibat dalam bidang kesihatan awam. Beliau sering memuat naik info-info ringkas sesuai buat pembaca yang terlalu sibuk untuk scroll Facebook mereka. Bukan itu sahaja, beliau juga akan berkongsi tips, petua serta ilmu perubatan yang perlu kita tahu.

D7
sumber: facebook

 

6. Dr. Suhazeli Abdullah

Dr. Suhazeli merupakan doktor pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan. Beliau sering memuat naik hal berkaitan perubatan dan kesihatan serta aktif dalam menjawab hal-hal perubatan termasuklah isu berkenaan salah faham medikal dari sudut agama Islam. Penerangan beliau juga ringkas dan mudah difahami.

Doktor5 1
sumber: facebook

 

7. Dr. Sakinah Sulong

Dr. Sakinah merupakan pakar perubatan keluarga yang tak lokek berkongsi pengalamannya dengan pesakit serta ilmunya dalam dunia perubatan. Beliau juga ada memuat naik idea masakan yang berkhasiat dan simple bagi pembaca. Beliau juga akan membetulkan mitos yang ada supaya tiada lagi yang akan tertipu dengan peniaga.

D4 1
sumber: facebook

 

8. Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir

Dr. Abdul Rahman juga merupakan antara doktor pakar kecemasan yang lantang di Facebook. Selain sering memuat naik entri mengenai kesihatan dan perubatan, beliau juga sering back up pengamal perubatan yang sering disalah faham dan diselar oleh individu yang menyampaikan fitnah.

D3 1
sumber: facebook

 

9. Dr. Rusyainie Ramli

Dr. Rusyainie merupakan doktor askar yang lantang menulis dan mendedahkan produk-produk makanan tambahan yang menipu pesakit demi mengaut keuntungan. Beliau juga akan membetulkan mitos-mitos perubatan dengan ilmu yang ada supaya pembaca lebih terbuka minda dan tidak mudah percaya dengan maklumat yang salah.

D2 1
sumber: facebook

 

10. Dr. Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

Dr. Azlindarita merupakan seorang doktor mata dan sering memuat naik video di Facebook berkenaan kesihatan mata. Penerangan beliau di dalam video tersebut ringkas dan mudah difahami.  Bukan itu sahaja, beliau juga akan berkongsi mengenai pengalamannya dalam bidang perubatan serta kata-kata nasihat buat pembaca.

D1 1
sumber: facebook

 

11. Dr. Iqbal Rosali

Dr. Iqbal merupakan seorang doktor gigi yang sering berkongsi ilmu dan tips berkenaan kesihatan gigi. Beliau juga kerap kali menceritakan pengalamannya dengan pesakit supaya menjadi pengajaran buat pembaca. Beliau juga akan memuat naik peringatan kepada pembaca supaya mengambil berat dengan penjagaan oral.

Doktor9
sumber: facebook

 

12. Dr. Ahmad Zakimi Abdullah

Dr. Ahmad Zakimi merupakan seorang doktor yang sedang menuju untuk menjadi pakar kecemasan dan sering berkongsi ilmu perubatannya kepada pembaca. Beliau juga turut menceritakan pengalamannya menjadi seorang doktor yang boleh dijadikan pengajaran.

Doktor8
sumber: facebook

 

13. Dr. Amirul Amzar

Dr. Amirul merupakan seorang doktor yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran perubatan keluarga. Beliau juga antara doktor yang tidak gentar dalam mendedahkan produk-produk tipu demi kebaikan pembaca. Entri beliau memang padat dengan fakta dan info yang senang difahami.

Dokto7
sumber: facebook

 

14. Dr. Afiq Rahim

Dr. Afiq sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kesihatan awam. Beliau sering memuat naik entri berkenaan kesihatan dan perubatan yang ditulis berdasarkan fakta dan kajian yang diterbitkan di dalam jurnal. Selain itu, beliau juga rajin berkongsi info dan maklumat ringkas  yang mudah difahami pembaca.

Doktor6
sumber: facebook

 

15. Dr. Erna Nadia

Dr. Erna juga merupakan antara doktor di dalam senarai yang lantang dalam mendedahkan produk-produk tipu yang ada di pasaran sekarang. Bukan itu sahaja, beliau juga sering menaikkan entri ringkas mengenai kesihatan dan perubatan yang bermanfaat untuk pembaca.

Doktor5
sumber: facebook

 

16. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Dr. Kamarul merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau bukan setakat memuat naik entri tentang isu kesihatan dan perubatan, tetapi turut berkongsi kisah lain dan pandangan beliau mengenai isu semasa. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medical Mythbusters Malaysia.

Doktor4 1
sumber: facebook

 

17. Dr. Ahmad Firdaus

Dr. Ahmad ialah seorang pegawai perubatan yang juga merupakan pengasas Medical Mythbusters Malaysia. Selain memuat naik entri perubatan dan kesihatan serta tips yang boleh dijadikan pengajaran, beliau juga senang berkongsikan hal sehariannya di laman Facebook miliknya.

Doktor3
sumber: facebook

 

18. Dr. Khairul Hafidz Alkhair 

Dr. Khairul merupakan seorang doktor yang meminjamkan kepakarannya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas Medtweetmy yang juga patut anda follow kerana info kesihatan dan perubatan yang padat dan ringkas sentiasa dikongsi beliau.

Doktor2 1
sumber: facebook

 

19. Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Mohd Fadhli sedang menyambung pengajiannya dalam bidang kesihatan awam. Beliau juga sering memuat naik entri berkenaan perubatan dan hal lain seperti tentang hartanah. Penerangan beliau di Facebook adalah ringkas dan mudah difahami pembaca.

Gh
sumber: facebook

 

20. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Datuk Dr. Noor Hisham merupakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang rajin dalam memuat naik dan mengemas kini isu terkini berkaitan perubatan dan kesihatan di laman Facebook miliknya serta hal-hal berkaitan dunia perubatan di Malaysia buat tatapan pembaca.

Doktor1 1
sumber: facebook

Perkongsian ilmiah doktor-doktor ini haruslah dijadikan pengajaran buat kita semua supaya tiada lagi salah faham mengenai perubatan moden serta mengelakkan kita daripada mempercayai produk-produk kesihatan di pasaran yang membawa kemudaratan kepada kesihatan kita.

Cepat follow!

Baca: Doktor Tidak Putus Asa Berjaya Selamatkan Pesakit Selepas 2 Jam Berikan Bantuan CPR

Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.