in

“12 tahun mak pergi menghadap Ilahi. Jenazah mak elok, masih dalam kiam. Kain kafan mak tak koyak…”

Kubur Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Manusia yang baik, kelak Tuhan akan tunjukkan kebaikannya, begitu juga sebaliknya. Kata-kata tersebut ada benarnya dan ia dapat dibuktikan dengan kisah sedih dan inspirasi perkongsian seorang wanita ini.


Amina Jasmine telah berkongsi di media sosial berkenaan detik-detik pemindahan kubur ibunya yang sudah pergi selama 12 tahun dan kisah itu menjadi tular serta merta kerana jenazah dikhabarkan langsung tidak mempunyai cacat cela. Menurutnya,

“12 tahun mak pergi menghadap Ilahi. Jenazah mak elok, masih dalam kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada malah susuk badan mak jelas dipandangan kami yang menyaksikannya tadi. Cukup sifat dan tak berbau Allahuakbar, Maha suci Allah.”

Kubur 2
sumber: facebook

Demikianlah kata-kata seorang anak yang kagum dan tidak menyangka jenazah ibunya masih dalam keadaan elok seperti itu. Melalui perkongsian berkenaan, Amina turut berkongsi sifat arwah ibunya ketika masih hidup yang dikatakan mempunyai sifat yang baik-baik belaka.

Dia wanita yang lembut.. Tidak suka mengata orang lain, tidak suka mencerca orang lain.

Mak sangat mudah mengalirkan air mata, hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami, mak sentiasa bersabar.”

Kubur 1
sumber: facebook

Amina turut akui bahawa pemindahan kubur tersebut mempunyai hikmah disebaliknya iaitu jenazah dapat dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah ayahnya. Tambahnya, setelah 12 tahun ibunya itu pergi, Tuhan telah memberikannya ‘sesuatu’ yang hebat sekali.

Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’ tentang hidup ini, hati ini, keinsafan ini..”

 

Kubur 4
sumber: facebook
Kubur 6
sumber: facebook

Amina turut memaklumkan bahawa pemindahan kubur itu terpaksa dibuat kerana perkuburan tersebut telah diambil bagi projek pembangunan. Tambahnya, semua jenazah yang ada di situ terpaksa dipindahkan ke tanah perkuburan mengikut kehendak waris masing-masing.

 

Dalam perkongsiannya itu juga, Amina turut meminta maaf sekiranya ada pihak yang tidak selesa dengan kisah tersebut. Niatnya hanya mahu kisah ini dijadikan sebagai iktibar dan ingatan agar sentiasa terus berusaha membaiki hati dan amal kita.

Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi untuk kita semua agar sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik dan memperbaiki diri serta amalan.

Baca: “Saya cuma simpan sekeping gambar mama.. untuk tatap setiap hari lepaskan rindu.”

Page3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.