in

12 Tabiat Buruk Rakyat Malaysia Perlu Diubah

Z1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap manusia ada tabiat mereka sendiri. Jika ianya sesuatu yang baik, jadikan contoh. Tetapi malangnya, rakyat Malaysia mempunyai beberapa tabiat buruk yang sudah dijadikan kebiasaan dan budaya dalam masyarakat yang memalukan. Apatah lagi di mata pelancong dari seluruh dunia. Ini 12 tabiat buruk rakyat Malaysia yang perlu diubah…


 

1. Tidak Faham Arahan

Sampah

Antara arahan yang sering tidak diikuti selain dilarang merokok adalah larangan membuang sampah di sesuatu tempat. Sudah terang lagi bersuluh adanya papan tanda memberitahu jumlah bayaran denda yang perlu dibayar jika arahan berkenaan diingkari. Malangnya, bila terjadi begini sukar untuk mengesan pesalah dan jadilah terbiar begitu sahaja.

 

2. Tunggu Giliran Masuk Lif

Lif
sumber: unzippingchina. Files. Wordpress. Com

Pernah tak anda menunggu lif tiba-tiba ada orang lain kelam kabut masuk dan akhirnya anda yang tidak dapat masuk sebab dah penuh? Atau adakah anda pernah melakukan sedemikian? Jika pernah, ubah sikap anda. Perbaiki adab di tempat awam dan bertimbang rasa dengan orang lain.

 

3. Meludah di Tempat Awam

Meludah
sumber: quora. Com

Ini tabiat pengotor yang memang perlu diubah. Masih ramai rakyat Malaysia yang meludah sesuka hati tidak kira di mana mereka berada. Sudah lah tidak bersih, meludah juga adalah satu etika yang menimbulkan rasa tidak selesa orang lain. Jika perlu meludah, carilah tandas kan lebih elok.

 

4. Tinggal Troli Pasar Raya di Kawasan Tempat Letak Kereta

Troli

Tabiat ini menyusahkan ramai pihak antaranya pemilik kereta yang mahu memasuki petak parkir atau mahu membuka but kereta tetapi terhalang oleh troli yang ditinggalkan mereka yang tidak bertanggungjawab. Menyusahkan pekerja di situ juga kerana perlu memantau seluruh kawasan untuk meletakkan semula troli di tempat sepatutnya. Fikirlah orang lain sebelum melakukan sesuatu.

 

5. Tidak Memberi Tempat Duduk Kepada Mereka yang Memerlukan

Pregnant1

Bayangkan jika orang itu adalah ahli keluarga anda, adakah anda akan biarkan sahaja mereka berdiri? Janganlah terlalu pentingkan diri sehingga hilang perasaan bertimbang rasa dalam diri anda itu. Kasihanilah mereka yang benar-benar memerlukan tempat duduk.

 

6. Tidak Menahan Pintu Apabila Ada Orang Lain di Belakang

A
Sumber: momooze. Com

Ini mungkin yang paling kurang dipraktikkan rakyat di Malaysia. Ramai beranggapan setiap orang boleh buka pintu sendiri tetapi tidak salah juga jika kita berbudi bahasa apatah lagi jika orang di belakang anda itu orang kelainan upaya, wanita sarat mengandung atau warga emas.

 

7. Tidak Menunggu Orang Keluar Dari Kereta Api

Lrt

Memang menyakitkan hati apabila anda mahu keluar dari kereta api tetapi terhalang oleh mereka yang tidak sabar untuk masuk. Tidak perlulah tergopoh gapah untuk masuk, tunggu penumpang keluar sebelum masuk. Jika terlepas sekalipun, kereta api seterusnya kan ada?

 

[sociallocker id=1666]

8. Makanan Dibiarkan Bersepah Selepas Makan

Bersepah
sumber: www. Complaintboard. Com

Memang mengemas meja makan itu adalah tugas pekerja restoran tetapi mengemas meja selepas makan dan menolak kerusi semula juga dikira akhlak. Terutamanya restoran yang mengamalkan servis layan diri seperti IKEA dan restoran fast food. Tetapi masih ramai rakyat Malaysia yang meninggalkan pinggan dan cawan di atas meja selepas makan. Tunjuklah contoh yang baik kepada generasi akan datang.

 

9. Puntung Rokok Bersepah di Atas Lantai

Rokok
sumber: http://christhorsonstudio. Com

Kawasan parkir dan di kawasan tangga atau luar bangunan adalah antara spot merokok. Puntung rokok sering dilihat bersepah di atas lantai kawasan-kawasan tersebut. Lebih teruk lagi, tong sampah sudah disediakan! Susah ke untuk buang ke dalam tong sampah?

 

10. Menghalang Laluan Orang Lain di Escalator

Escalator

Jika naik escalator berdiri di sebelah kiri dan beri laluan kepada orang lain di sebelah kanan. Mudah kan? Tidak perlu nak berborak dengan kawan atau sesiapa sahaja yang bersama dengan anda ketika itu. Jika terlupa sekali pun, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

[/sociallocker]

 

11. Tidak Mengucapkan Tolong dan Terima Kasih

Thanks

Kalau nak minta bantuan, cakap tolong. Kalau orang bantu, cakap terima kasih. Bukan ke itu yang cikgu dan ibu bapa kita ajar? Jangan hanya faham tetapi tidak mempraktikkannya. Kalau kita ucapkan terima kasih dan tolong, barulah mereka rasa ikhlas dan tidak dipaksa melakukan sesuatu.

 

12.Tidak Beratur atau Memotong Barisan Ketika Mahu Menaiki Bas

Bas

Bas adalah antara pengangkutan awam yang paling banyak digunakan rakyat Malaysia dan orang asing. Apatah lagi tambangnya tidah semahal lrt dan teksi, jadi ianya menjadi pilihan ramai. Memang bagus! Apa yang tak bagus tu cuma, sikap tidak beratur atau memotong barisan ketika ingin menaiki bas. Bas tu takkan tinggalkan anda, jadi tak perlu berebet-rebut ye…

Apa lagi tabiat buruk rakyat Malaysia? Jika anda tahu, kongsikan dengan kami.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.