10 Ruang Majlis Di Sekitar Lembah Klang Anda Mungkin Tidak Tahu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Semakin banyak ruang majlis yang boleh kita jumpa sekarang. Majlis seperti perkahwinan, pertunangan, aqiqah, parti hari jadi, pameran seni, reunion/gathering atau kelas make up adalah antara yang ditawarkan di setiap ruang.

Banyak ruang yang sememangnya sudah dikenali ramai. Jadi, untuk beri anda lebih banyak pilihan, ini 10 Ruang Majlis Di Sekitar Anda Yang Mungkin Anda Tidak Tahu.

 

1. Petak Event Space



petak1

Neelofa, Anzalna, Akim & Stacy serta Aaron Aziz antara artis yang pernah mengadakan majlis pelancaran dan sesi beramah mesra bersama peminat di sini. Petak boleh menempatkan 80-100 orang dalam satu masa.

petak2

petak5

Lokasi: PV128, Setapak 

No Tel: 019 3115456 / 013 9387673

Media: Facebook / Instagram

 

2. Sugarghurf Event Space



sugar5

Dimiliki oleh anak muda dan sangat sesuai jika anda ingin membuat majlis kecil bersama keluarga dan kawan-kawan atau majlis makan malam romantik bersama yang tersayang. Harga dikira mengikut jam di sini.

sugar6

Lokasi: Sri Rampai, Kuala Lumpur

No Tel: 017 2193869

Media: Instagram  

 

3. Disenar Event Space



di

Selain ruang di bawah, Disenar juga mempunyai ruang kecil di atas sesuai untuk anda rehat atau beramah mesra dengan keluarga atau kawan-kawan sementara majlis berlangsung di bahagian bawah.

di6

di5

Lokasi: Wangsa Maju, Kuala Lumpur

No Tel: 012 2662696

Media: Facebook / Instagram

 

4. Space Seven

seven0

Space Seven ini mengetengahkan konsep mewah mampu milik. Ruang ini mempunyai rooftop dan hiasan dalaman di sini cukup simple tetapi cantik!

seven8
Kredit: Venuescape

seven5

Lokasi: Setia Alam, Shah Alam Selangor

No Tel: 019 2277703 / 012 2228583

Media: Facebook / Instagram / Website

 

5. Cabana Avenue Event Space

c

Kedua-dua ruang di bahagian luar dan dalam selesa serta sesuai untuk majlis yang sederhana tetapi eksklusif. Mereka juga mempunyai pakej ‘flat rate’ di mana peralatan boleh digunakan secara percuma.

cabana2

cabana3

Lokasi: Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor

No Tel: 019 2898840 / 013 3554412

Media: Facebook / Instagram 

 

6. Get Cosy Event Space

get3

Sesuai dengan nama, Get Cosy menjanjikan suasana yang ‘cosy’ sepanjang acara atau majlis anda berlangsung. Tema dan dekorasi yang ringkas, serta mampu menempatkan 70 orang pada satu masa.

get6
Kredit: Venuescape

get1

Lokasi: Wangsa Maju, Kuala Lumpur

No Tel: 017 4787477

Media: Facebook / Instagram  

 

7. Kolaborasi Event Space

kola

Ruang majlis yang popular di Bangi ini sering menjadi pilihan jurusolek untuk bengkel atau kelas solekan. Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat juga pernah menjadikan ruang ini untuk sesi ujibakat Hatta Him 2016 tahun lepas.

kola2

kola3

Lokasi: Bandar Baru Bangi

No Tel: 019 3971147

Media: Facebook / Instagram

 

8. Base 26

base

Boleh memuatkan 50 (duduk) pada satu masa, anda boleh lihat dekorasi dan perabot di Base 26 adalah DIY yang dibuat sendiri oleh pemilik ruang ini. Sesuai untuk mereka yang inginkan majlis perkahwinan yang ringkas ala ala hipster.

base3
Kredit: Venuescape

b

 

Lokasi: Dataran Sunway, Kota Damansara

No Tel: 03 61439098

Media: Facebook / Instagram

 

9. Spacelab

photo

Boleh memuatkan seramai 100 orang (berdiri) pada satu masa, di sini anda akan diberi peluang untuk menyerlahkan kreativiti anda membuat backdrop sendiri. Dinding boleh dihias sendiri mengikut kehendak anda.

Kredit: Venuescape
Kredit: Venuescape

maxresdefault

Lokasi: Bandar Sunway, Subang Jaya

No Tel: 012 2266891 / 012 6146262

Media: Facebook / Instagram

 

10. The Flat Space

flat

Jika mahukan majlis yang kecil dan sederhana, di sini boleh memuatkan 30 orang pada satu masa. Terletak di atas kafe Foodsbury, anda akan rasakan suasana yang selesa seolah-olah berada di rumah atau apartmen sendiri.

Kredit: Venuescape
Kredit: Venuescape

flat2

Lokasi: Seksyen 9, Shah Alam

No Tel: Tempahan melalui email ([email protected])

Media: Facebook / Instagram

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!